Friday, June 3, 2011

Sejarah Buktikan Telah Ada Ulamak PAS Yang Belot


Isu ulama-profesional: PAS perlu jelas peranan, kata penganalisis


Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari sekali lagi mengulangi bahawa jika PAS mahu meyakinkan rakyat khususnya menggantikan Umno, parti itu perlu jelas peranan dan kedudukan mereka.


Katanya, jika tidak mereka akan ditolak kerana rakyat tidak mahu parti yang keliru tentang kedudukan dan peranan mereka sebagai parti politik.

“Semua ini menyentuh tentang sistem politik Malaysia, khususnya peranan dan fungsi parti politik,” kata beliau sambil menambah bahawa rakyat mahu parti politik yang akur kepada pembahagian kuasa, semak dan imbang.

“Bukan parti yang mahu membolot kuasa dan menyerahkan urusan negara kepada mereka yang tidak mahir dan tidak dipilih oleh rakyat,” kata beliau dalam respons kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan pemimpin veteran Subky Latif tentang keperluan ulama memimpin PAS yang dilaporkan media tempatan hari ini.

Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga membuat kenyataan yang sama kelmarin.

Isu golongan ulama dan profesional timbul semula menjelang pemilihan parti itu esok.

Kata beliau, umumnya parti politik berperanan meyakinkan rakyat untuk memberi kuasa kepada mereka da mereka pula membuat dasar yang dilaksanakan oleh birokrasi atau perkhidmatan awam atau badan-badan tertentu yang lain.

“Dalam soal pelaksanaan Islam ini dilakukan oleh sebuah kerangka yang terdiri dari majlis agama, mufti, jabatan agama dan mahkamah syariah. Semua ini di bawah Raja-Raja Melayu.

“Jadi apa perlunya PAS mesti dipimpin oleh ulama untuk memastikan ia tidak lari dari al-Quran dan Sunah?” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang PAS perlukan ialah pemimpin yang faham ajaran Islam, berakhlak dan berkaliber.

“Mereka boleh dari mana-mana golongan, baik yang dikatakan ulama atau yang dilabel sebagai profesional atau Erdogan.

“Kita harus ingat ada kalangan ulama PAS yang belot dan masuk Umno seperti Datuk Othman Abdullah, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi. Ertinya tidak ada jaminan bahawa mereka yang berpendidikan agama semestinya baik dan jujur seperti yang didakwa di atas tadi,” katanya.

Dalam isu kerjasama dengan Umno sekarang jelas yang menjadi dalang ialah mereka dari kalangan ulama, kata pakar perlembagaan ini.

“Selain itu mereka yang dikatakan ulamak dalam PAS belum tentu ulama yang layak menjadi mufti. Ulama PAS mungkin yang terbaik dalam parti itu tetapi belum tentu yang terbaik dan dihormati di kalangan umat Islam,” katanya lagi.

Aziz menambah, dengan kata lain apa yang dikatakan ulama dalam PAS itu perlu dihalusi.

“Mereka tidak semestinya ulama dalam pengertian yang sebenar. Contohnya mereka mungkin berkelayakan dalam bidang bahasa Arab dan pengajian dakwah tetapi tidak mempunyai kelayakan yang lebih penting seperi bidang syariah atau perundangan Islam,” katanya lagi. -TMI

Ulama ditegur duduk di masjid saja



Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Kelantan menegur perwakilan ulama yang lain agar lebih ke depan dalam masyarakat dan tidak hanya melakukan kerja "berpada-pada" antaranya sekadar duduk di masjid sahaja.



Sedangkan Mansor Daud, beliau menggesa ulama agar mencontohi ulama terdahulu dan guru pondok dahulu yang terlibat secara langsung dalam masyarakat.



"Mereka mempunyai kedudukan tinggi (dalam masyarakat), mereka ada kehebatan, bukan sahaja dihormati tetapi juga digeruni. Kalau berpada-pada sekadar di masjid, kita tidak menuju ke hadapan.



"Ulama mesti terlibat dalam pilihan raya, bukan sahaja sebagai ketua urusan ulama. Ulama mesti menjadi pengarah pilihan raya, mesti mengetahui unit-unit dalam jentera pilihan raya," katanya.



Beliau juga mencadangkan supaya ulama mengetuai rombongan membuat aduan kepada pihak bertanggngjawab sekiranya wujudnya pengundi hantu.



"Rasa-rasanya jika ulama mengetuainya, hantu pun takut kepada ulama... Jadi ulama kena 'sengoti'(bersungguh-sungguh)," katanya sewaktu membahaskan usul peranan ulama dalam pilihan raya umum ke-13.



Tumpang jentera orang lain



Sementara itu, perwakilan Pulau Pinang turut mencadangkan jawatankuasa penerangan supaya menyediakan isu, tema atau tajuk isu semasa yang boleh digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.



"Mereka boleh memuatkan isu-isu, ayat, tema yang boleh dimanfaatkan daripada laman web (untuk digunakan) di seluruh negara dan jentera penerangan lain di seluruh negera," katanya membahaskan usul itu.



Perwakilan Pulau Pinang juga turut menggesakan kepada pewakilan ulama yang lain memainkan peranan penting untuk memanaskan jentera pilihan raya dewan tersebut.



Menurutnya, memandangkan paluan gendang pilihan raya semakin kuat, tetapi masih terdapat di kalangan jentera yang "masih tidur".



Menjawab persoalan tersebut, pengarah pilihan raya sayap itu Datuk Hussin Awang berkata beliau mencadangkan supaya mewujudkan jentera pilihanraya ulama sehingga ke peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) atau Unit Peti Undi (UPU).



Katanya penubuhan tersebut terpulang kepada kawasan PAS berdasarkan kepada kemampuan dan keadaan di kawasan masing-masing.



"Sehingga hari ini, saya tidak dapat pastikan apakah jentera pilihan raya wujud atau MTD masing-masing. Pada pengamatan saya dalam beberapa pilihan raya kecil, secara tidak langsung organisasi ini masing belum wujud di peringkat MTD atau masih belum tersusun.



"Jika tidak mula daripada sekarang, hanya bergerak sebagai identiti ulama, maka ulama hanya menumpang kepada jentera orang lain," katanya dalam menyampaikan ucapan penggulungan usul tersebut.-mk/GB


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular