Monday, May 30, 2011

Tahukah anda doa makan dengan lafaz "Alloohummaa baariklanaa fiimaa rozaqtanaa waqinaa a'dzabannaar" bukanlah berasal daripada Sunnah Nabi yang sahih.

Tahukah anda doa makan dengan lafaz "Alloohummaa baariklanaa fiimaa rozaqtanaa waqinaa a'dzabannaar" bukanlah berasal daripada Sunnah Nabi yang sahih. Hadith mengenainya adalah dha'if jiddan (sangat lemah). Lihat semakan Syaikh 'Amr 'Ali Yasir ke atas Kitab al-Adzkar li al-Nawawi, no. 674. Yang sahih ialah ucapan "bismillah" sahaja. Lihat Bukhari, no. 5376, Muslim, no. 2022, at-Tirmidzi, no. 1858, Abu Daud, no. 2767.


 YANG SAHIH menurut Sabda Nabi:

إذا أكل أحدكم طعاما فليقل بسم الله



"Apabila salah seorang di antara kamu makan makanan maka ucapankanlah: bismillah..." - Hadith riwayat at-Tirmidzi, no. 1558 dan dia berkata: Hadith ini hasan sahih.


Pada masa yang sama berikut disertakan maklumat lengkap berkenaan kebatilan doa selepas makan dengan lafaz:


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِيْنَ.

“Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami termasuk kaum muslimin.”

PENJELASAN:

Hadith ini dha’if. Dikeluarkan oleh Ahmad (3/32), Abu Daud (no.3850), al-Tirmdzi (no.3457), al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (no.289), Ibn Majah (no.3283) dan lain-lain. Ia memiliki jalan periwayatan di mana setiapnya memiliki kelemahan di dalamnya. Syeikh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan telah mentakhrij jalan-jalan ini dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad (no.11276) dan mereka tidak menilainya saling menyokong hingga dapat diangkat darjatnya ke taraf hasan li ghairihi.

Imam al-Nawawi mengemukakan doa ini dalam kitabnya, al-Adzkar (no. 698). Penyemak kitab, Syeikh ‘Amr bin ‘Ali Yasin telah mentakhrij lima jalan periwayatan dengan setiapnya memiliki kecacatan. Beliau tidak menilainya saling menyokong hingga dapat diangkatnya ke taraf hasan li ghairihi. Demikian juga, Syeikh Salim bin ‘Eid al-Hilali dalam kitabnya Shahih Kitab al-Adzkar wa Dha’ifuhu (no.654) turut menyatakan kelemahan riwayat ini. Beliau menerangkan:

“Saya berkata, hadith ini bersanad dha’if kerana di dalamnya para perawi mengalami idhthirab sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Nasa’i di dalam kitab ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, ms. 265, al-Hafiz al-Mizzi di dalam kitab Tahdzib al-Kamal (3/41-42 dan 92) dan diakui oleh al-Hafiz di dalam kitab Tahdzib al-Tahdzib (1/282). Al-Hafiz al-Dzahabi di dalam kitab al-Mizan al-I’tidal (1/228) mengatakan: “Ismail bin Riyah al-Sulami adalah seorang yang menyerupai tabi’in, yang mana saya tidak mengetahui siapa dia.” Untuknya Abu Daud pernah meriwayatkan dan darinya Abu Hasyim al-Rumani meriwayatkan seorang diri dan hadithnya mudhtharib. Dan Riyah adalah Ibn Ubaidah, mengenai dirinya kurang diketahui. Abu Hasyim meriwayatkan dari Ismail bin Riyah dari ayahnya atau dari lainnya, dari ayahnya bahawa Nabi s.a.w jika selesai dari makannya, baginda mengucapkan: “Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami termasuk kaum muslimin,” hadith ini gharib munkar. Dan Hadith ini sama seperti yang dikemukakan oleh para imam bahawa di dalamnya terdapat idhthirab dan ketidakjelasan.”

Selain itu, sila rujuk Dha’if Sunan Abu Daud (no. 3850), Dha’if Sunan at-Tirmidzi (no. 3457), Mukhtashar al-Syama’il al-Muhammadiyyah li at-Tirmidzi (no. 163), Dha’if Sunan Ibn Majah (no. 3346), semuanya oleh Syeikh al-Albani.

DOA SELEPAS MAKAN YANG SAHIH

Adapun yang shahih berkenaan doa selepas makan ini adalah sebagaimana dalam hadis berikut:

الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا.

"Segala puji bagi ALLAH (dengan pujian) yang sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai TUHAN kami.” - Hadith riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari (no. 5458).



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular