Tuesday, May 31, 2011

Hata Wahari lepas jawatan presiden NUJ

NONE
Hata Wahari melepaskan jawatan sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) berkuatkuasa hari ini.


Sehubungan dengan itu, majlis eksekutifnya telah melantik Naib Presiden Chin Sung Chew sebagai presiden yang baru berkuatkuasa tarikh yang sama.


"Majlis eksekutif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Hata atas sumbangan kepada Kesatuan," kata Setiausaha Agung NUJ V Anbalagan.

penang media forum 220511hata wahariSementara itu, Hata ketika dihubungi Malaysiakini berkata, beliau mengambil keputusan kerana bimbang NUJ mengalami masalah pendaftaran.

Katanya, beliau menerima surat bertarikh 13 Mei daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa beliau hilang kelayakan sebagai presiden NUJ.

Menurutnya, pengarah jabatan itu Anita Ahmad memberitahu bahawa beliau hilang kelayakan sebagai presiden kerana tidak lagi mempunyai majikan selepas dipecat Utusan Malaysia.

Perkara itu menurut peruntukan dalam Seksyen 2, Akta Kesatuan Sekerja 1959.

"Oleh sebab itu saya letak jawatan. Ini pengorbanan saya supaya NUJ terus berjalan seperti biasa," katanya yang merasakan dirinya masih ahli kesatuan itu.

Nafi desakan dalaman

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat NUJ di pejabatnya di Brickfields sebentar tadi.

NONEHata juga menafikan terdapat desakan daripada dalam supaya berbuat demikian atau mahu menyertai parti politik.

Selepas dipilih sebagai presiden sebelas bulan lalu, Hata -- yang terkenal dengan kelantangannya -- mencetuskan pelbagai kontroversi apabila mengkritik pengurusan Utusan Malaysia secara terbuka.

Selepas mengubah imej NUJ kepada sebuah kesatuan yang sangat kritikal, wartawan kanan di akhbar milik Umno itu menerima padah apabila didapati bersalah kerana menjatuhkan imej syarikat.

Sementara itu, Chin ketika dihubungi Malaysia enggan mengulas berhubung jawatan baru dan rancangan masa depannya kerana mahu berbincang dengan jawatankuasanya terlebih dahulu.

Chin juga merupakan presiden NUJ cawangan Sin Chew Media Corp sejak tahun 2000. Beliau dipilih sebagai setiausaha agung NUJ pada 1999 dan sebelum menjawat naib presiden dua tahun kemudiannya. - MK


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular