Wednesday, June 1, 2011

FMM: Pengguna Tidak Wajar Tanggung Kenaikan, Elektrik di Malaysia Lebih Mahal


Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menyatakan bahawa kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah, laporan MK.


Dalam satu kenyataan akhbar, Presiden FMM Mustafa Mansur berkata, walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding dengan negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, kenaikan tarif elektrik itu tidak dapat diterima.


Berkuat kuasa hari ini, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan harga ini jauh lebih rendah berbanding dengan Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!” kata Mustafa.

Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.


"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.


Mustafa menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia.


P/s: Kantoi!!! Patutlah kali ini pak menteri tidak mengeluarkan kenyataan: "Elektrik di Malaysia jauh lebih murah daripada negara-negara lain di Asia." - DC

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular