Friday, June 3, 2011

Gaji CEO TNB RM1.8 Juta!


Semalam DCM ada menyiarkan salinan gambar dokumen yang memaparkan pendapatan tahunan CEO TNB yang berjumlah lebih RM1.1 juta. Dokumen yang ada saya paparkan di bawah ini  bertarikh 2007.

Hari ini KD mendedahkan gaji tahunan Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh pada tahun 2010 ialah sebanyak RM1.8 juta. Jumlah itu jelas menunjukkan Melayu yang bernama Che Khalid ini menerima gaji yang terlalu besar ketika  rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus,

Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima pendapatan tahunan sekitar RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440 berbanding dengan gaji minimum pekerja TNB, iaitu sekitar RM750 sebulan. 

Sebalik kemewahan gaji pegawai atasan TNB, Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid mendedahkan bahawa TNB hanya menawarkan kenaikan gaji sebanyak 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung. Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus, namun permintaan itu ditolak oleh majikan.


P/s: Melayu, Melayu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular