TNB Kena Main
Apabila kerajaan membuat keputusan memperkenankan permintaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarif elektrik, penderitaan penyedia utiliti kebangsaan itu telah mendapat perhatian umum. Sudah tentu para pengguna tidak senang hati dengan berita itu.
Kenaikan sebanyak 12% nampaknya telah mencetuskan perdebatan bagaimana Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sedang berseronok sedangkan penyedia utiliti kebangsaan meringkuk dengan penderitaannya. Perbezaan antara bidang janakuasa dan pengagihan serta penghantaran telah menyenakkan TNB.
Untuk memahami konsep penswastaan sektor pengeluaran tenaga, kita perlu menjenguk sejarah dan memahami bahawa IPP diwujudkan atas dasar kerajaan mahu menangani isu pembekalan tenaga yang stabil sejurus berlakunya gangguan bekalan elektrik ke seluruh negara pada 1992 yang sungguh terkenal itu.
Kita berhasil mengimbau perspektif sejarah isu IPP dengan pembabitan Pengerusi Eksekutif TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope, yang mengepalai penyedia utiliti negara daripada 1990 hingga 1996. Semasa beliau memimpin TNB generasi pertama IPP telah diwujudkan.
STARBIZ: Apa yang terjadi selepas berlaku ‘blackout’ pada 1992?
Ani: TNB mempunyai rencana untuk mengeluarkan lebih banyak bahan tenaga elektrik dengan membina janakuasa di Pasir Gudang dan Paka. Kewangan tidak menjadi masalah kerana kita mempunyai martabat kredit yang begitu tinggi. Kita telah mendapatkan tanah dan sudah bersiap sedia untuk membina janakuasa itu.
Akan tetapi kami telah diberitahu oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) bahawa mereka mempunyai perancangan sendiri. Kami telah memberi ingatan kepada EPU, kalau janakuasa itu mahu dibina, ia memerlukan dua tahun untuk disiapkan. Jika tidak dibina segera Malaysia akan mengalami satu lagi bencana kegelapan ‘blackout’ besar. Apabila kita mempunyai khidmat tenaga 250 orang jurutera, tentulah tidak masuk akal bahawa kejadian ‘blackout’ itu adalah disebabkan perancangan yang tidak matang. Akan tetapi UPE (EPU) berkata ia sudah mempunyai rencana sendiri dan mahukan kami menyerahkan tanah tersebut.
Kemudian baru tersembul berita bahawa ia mahu menswastakan pembinaan janakuasa. Saya tidak pernah menolak penubuhan IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) . Memang baik kalau kita mempunyai kumpulan lain memainkan peranan, tetapi ia harus dilaksanakan dengan saksama. Ia mesti berlaku adil kepada para pengguna, bukan sahaja TNB yang merupakan penyalurnya. Apabila harga tarif dinaikkan, TNB sudah menjadi budak belasahan. Sedangkan fokus harus tertumpu kepada para pengguna.
Apabila terlalu banyak kemudahan diberikan kepada IPP, semua rakan sejawatan saya di merata dunia telah bertanya, apa yang sudah jadi. Mereka berkata mereka ingin mendapat sedikit saham dalam IPP itu. Mereka berkata kontrak yang diberikan kepada IPP adalah “terlalu lumayan”. Terma perjanjian terlalu menguntungkan pihak IPP.
S: Bagaimanakah model IPP Malaysia diwujudkan?
Anda tanyalah bekas Perdana Menteri kita..
S: Bagaimanakah proses perundingan dengan IPP dilaksanakan?
S: Bagaimana dengan sebutharga dan terma (syarat) kontrak?
S: Kenapa anda tidak menyetujui terma itu?
Kemudian mereka letak pula harga ‘capacity charge’. Tidak ada sesiapa yang menjana kuasa elektrik secara berlebihan seperti di Malaysia. Inilah yang membazir kerana tidak ada bateri yang dapat menyimpan tenaga. TNB hanya perlu simpanan antara 15% hingga 20%.
S: Kalau TNB mengeluarkan elektrik pada harga 8 sen seunit. Apakah harga yang patut untuk IPP menjual tenaga kepada TNB?
Dua belas sen kerana mereka tidak boleh potong harga TNB kerana semua aset TNB telah di ‘amortisekan’. Tetapi kalau ada kompeni baru, malahan termasuk kami juga yang cuba mengeluarkannya, untuk menepati kehendak faedah pinjaman bank dan membuat sedikit keuntungan, kos yang patut ialah 12 sen seunit.
Inilah yang telah kami beritahu kepada IPP. Mereka (IPP) bersetuju dengan kadar 12 sen seunit, tetapi EPU berkata selagi IPP tidak menaikkan harga tarifnya, kontrak itu tidak akan diberikan kepada mereka. Jadi IPP pun memperoleh kontrak itu dengan menaikkan kadar harga kepada14 sen seunit.
Kemudian ada harga yang disebut “cost pass-through”. Kalau harga bahan bakar naik, kos tinggi yang berbangkit, dialihkan kepada kita. Dengan kata lain, itulah harga yang akan dialihkan kepada pengguna.
S: Apakah terma yang mungkin anda setujui seandainya IPP mahu diwujudkan?
Biarkanlah ada pembeli bebas elektrik itu sebagai satu jalan, dan benarkan TNB masuk campur membuat bida untuk membina janakuasa itu. Biarkan orang lain turut serta. Dapatkan komisen untuk memenuhi keperluan kita dan TNB boleh menjadi salah satu pengeluarnya.
S: Ada pihak yang berpendapat bahawa kontrak IPP terlalu lumayan tetapi terdapat IPP di negara lain di Afrika ataupun Asia yang menerima tawaran kontrak yang lebih lumayan?
Ada IPP yang mengenakan caj USD0.50 – 0.60 seunit tetapi mereka menggunakan diesel. Kalau kita bandingkan keadaan itu dengan yang ada pada kita, kita cubalah membandingkan oren dengan oren yang lain, barulah ia boleh dikatakan adil. Apa yang kita buat mesti adil.
S: Bagaimana anda terjejas oleh proses memberikan kontrak kepada IPP?
Bila saya kata begitu, apa yang mereka kata: “Dia ingat bapak dia punya”. Tugas yang saya pegang adalah satu amanah. Kalau anda diamanahkan tanggungjawab ini, anda perlu lakukan sebaik mungkin. Saya tidak mahu sesiapa menziarahi kubur saya untuk kencing di atasnya. Dalam budaya Melayu itu adalah seburuk-buruk cacian yang boleh menimpa oleh seseorang.
S: Apakah anda fikir anda telah melakukan perkara yang betul kerana tidak mahu menandatangani perjanjian itu?
Sudah tentu!!!!
S: Bagaimanakah sepatutnya kontrak dengan IPP diadakan?
S: Apa pandangan anda dengan perundingan yang sedang berjalan dengan IPP?
Ia mesti sah dan adil. Kalau kita rundingkan perkara itu secara tidak adil dan tidak sah, seluruh dunia akan memerhatikan kita dan mereka akan berkata: “Jangan bersetuju apa-apa dengan Malaysia kerana kalau perjanjian itu tidak sebulu dengan negara itu, kerajaan tidak akan menyetujuinya.” Inilah yang perlu kita teliti.
Akan tetapi apa yang kita lakukan ialah dengan berkata apakah kita boleh turunkan ‘capacity charge’. Apa juga yang melebihi 15% ‘reserve margin’ kita akan buat bida.
Yang kedua, setakat ini semua IPP sudah pun mendapat pulangan modal pelaburan mereka membina janakuasa itu. Sekarang ini semuanya meraih keuntungan sahaja. Apakah kita tidak boleh turunkan sedikit lagi? Daripada kita membayar kepada satu dana khas, kenapa tidak dinaikkan (bayaran) untuk pembinaan pada masa depan? Dengan cara itu, kita dapat mengawal harga elektrik? Jika tidak, ia akan melonjak naik.
S: Pada pendapat anda siapa yang patut terlibat dengan perundingan?
Pengguna harus berada di situ. Pada saya mesti ada satu badan yang bebas. Kemudian, anda libatkan TNB
Written by Jagdev Singh, TheStar Online
Wednesday, 16 July 2008
6 June 2006
EPU - PENYAMUN
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.
Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.
Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen n kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.
“Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
“Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.
Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)
Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.
Dari Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment