Sunday, June 26, 2011

Tutorial Tambah Slideshow Dalam Blog Post


Selalunya kita boleh tambah slideshow dalam sidebar dengan menambah gadjet slierdeshow melalui "add a html/javascript". Tetapi sebenarnya kita juga boleh menambah slideshow tersebut dalam blog post.

Bagi sesiapa yang sukakan kelainan dan suka make-up blognya serta ingin membuat entri yang interaktif, maka tambahlah slideshow dalam entri anda itu. Tetapi tidak di galakkan letak banyak-banyak sebab akan menyebabkan blog anda lambat loading.

Pertama sekali, anda haruslah mempunyai Picasa. Bagi pengguna blogspot, picasa sudah sedia ada di dalam akaun blogspot anda. Jadi, tak perlu download lagi. Sila ikuti tutorial di bawah untuk menambah slideshow dalam entri anda.
Langkah-langkah

Klik picasaweb.google.com dan masukkan id blogger anda

Semua gambar dalam blog anda akan berada di sini dan dikumpulkan dalam satu album. Jika anda mahu tambah gambar baru,  sila klik butang "Upload"

Sila tambah nama dalam album baru anda dan klik "Continue"

Sila klik butang "Select photo from your computer" dan pilih beberapa gambar daripada komputer anda untuk dijadikan slideshow dalam entri blog.

Akhir sekali, sila klik link ini : https://picasaweb.google.com/lh/getEmbed dan satu paparan seperti di atas akan keluar. Pada "Select an album" Sila pilih album tadi, kemudian pilih saiz slideshow anda. Jika mahu caption di paparkan dalam slideshow, tick pada "Show captions" dan sila salin kod HTML dalam kotak berwarna kuning tersebut.

Pada New Post, klik pada "Edit HTML" dan paste kod HTML tadi. Klik pada butang "Compose"semula jika mahu membuat ayat dalam entri anda. Bila dah siap, tekan Publish Post
Tips : jika mahu centerkan slideshow, tambah <center>KOD HTML SLIDESHOW</center>
Selanjutnya >>>>

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular