Dalam sindiran – respons dari tindakan Pemuda UMNO yang hadir ke Pejabat PKR – CheguBard yang begitu aktif mempromosikan BERSIH merancang untuk membuat kunjungan ke Pejabat Perdana Menteri Malaysia selepas perhimpunan BERSIH nanti. Ini akan menjadikan BERSIH penyebab tindakan – tindakan susulan penentangan Melayu dengan Melayu – Pemuda dengan Pemuda dan politik dengan politik.
Tindakan Pemuda UMNO – yang dikatakan diterajui oleh Lokman Noor Adam akan menjadi satu pembuka siri tentangan terhadap parti politik dengan parti politik. CheguBard dalam FB beliau dikatakan sedang merangka apa yang dikatakan kunjungan sambil belajar ke rumah Perdana Menteri Malaysia. Badrul Hisham Shaharin adalah bekas Kepimpinan Tertinggi PKR. Bagiwww.umno-reform2.com politik serang menyerang akan semakin hebat dan akhirnya UMNO akur dengan politik sedemikian. www.umno-reform2.com dalam melihat perkembangan ini menyesali apa yang berlaku dan percaya bahawa tindakan CheguBard akan melebih mengeruhkan keadaan.
Apa yang berlaku hari ini perlu dihentikan segera namun – polis perlu lebih menyeluruh dalam melakukan tindakan. Jangan sampai semua nampak bahawa keadilan yang ada hanya berpaksikan kehendak politik dan ini akan lebih menyulitkan politik negara ini. - umno-reform2
No comments:
Post a Comment