Tuesday, June 28, 2011

Buah Munggai-Anti Penuaan

Saya masih teringat suatu masa dulu mamak yang berniaga di kedai makan di bandar Marang, Terengganu selalu datang rumah emak saya di sebelah petang untuk dapatkan buah munggai (mungga - dialek terengganu) yang akan dimasukkan dalam kari ikan untuk kuah roti canai. Buah ini terkenal di kalangan masyarakat India.  Dia ambil free je sebab pokok kat rumah kami tu lebat buahnya..tak habis makan.  

Pokok ini sebenarnya ditanam oleh datuk dan nenek sepupu saya sebagai tiang pagar kerana dia mudah hidup selain daunnya enak dibuat sayur dan buahnya boleh dimakan.  
Pokoknya boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 10 meter, daunnya kecil, batangnya rapuh manakala buahnya sebesar ibu jari dan panjangnya sehingga 60 sentimeter.  

Di sebelah utara buah ini dikenali juga sebagai buah kelor yang  digunakan dalam masakan kerana rasanya enak dan mudah diperoleh. Selain buah, daunnya turut digemari untuk dijadikan sayur dan enak jika dimasak lemak.

Perkembangan pesat bidang bioteknologi menyebabkan tumbuhan yang diberi nama saintifiknya Moringa Olifela kini dikomersilkan apabila daun, buah, batang serta akarnya boleh diproses menghasilkan pelbagai produk seperti jus, syampu, sabun, teh, minyak, salad dan juga kosmetik.

Pokok kelor dipercayai berasal dan kawasan sekitar Himalaya serta India kemudian tersebar ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, termasuk Etiopia, Sudan, Madagaskar, Somalia, dan Kenya selain Arab Saudi dan Israel ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah kering dan gersang. I mudah tumbuh di tanah gersang selain tahan lasak. 

Biarpun manfaat Moringa sudah dikenali dan digunakan sebagai herba tradisional oleh suku kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian daripada saintis moden pada akhir abad ke-19.

Ilmu penggunaan Moringa oleh suku kaum asli direkodkan di 80 negara dalam lebih dari 200 bahasa tempatan. Biarpun nilainya dan segi perubatan sudah lama disedari, ia masih belum begitu meluas khususnya di kalangan masyarakat moden.

Tumbuhan itu mengandungi satu kompaun unik yang dikenail sebagai
cytokini yang mana kajian saintifik dan klinikal mendapati ia amat sesuai untuk mempercepatkan tumbesaran. Selain itu ujian cytokini ke atas ternakan mendapati haiwan yang diberikan diet mengandungi bahan itu mampu meningkatkan pengeluaran susu, selain mempercepatkan penyembuhan atau penggantian sel rosak.

Menyedari kelor mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan, sebuah syanikat tempatan, FM Alliance Marketing Sdn Bhd yang berpangkalan di Jitra, Kedah mengorak langkah mengkomersialkan tumbuhan itu untuk menghasihkan pelbagal produk.

Pengurus Pemasaran dan Promosinya, Abdul Hadi Ismail, berkata kajian klinikal mendapati cytokini juga mengandungi unsur anti keuzuran atau penunaan, sekali gus membolehkan ia menjadi bahan awet muda atau merawat pehbagai penyakit. Katanya, walaupun akarnya terasa pahit, ia sangat berkesan untuk membantu sistem penghadaman, membasmi cacing parasit dalam usus, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan membina ketenangan dan meningkatkan tenaga batin.

"Selain itu, ia juga sering digunakan untuk merawat lumpuh, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas, paru-paru, sawan babi dan histeria. Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvi (gusi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan. Malah Moringa atau kelor juga kaya dengan vitamin B, B1, B2, B3, C, D, E, antioxidan, fiber dan sumber klorofil yang tinggi. Ia membekalkan kandungan klorofil tertinggi dalam rekod tumbuhan yang dikenali sejak permulaan tamadun manusia.   Dia juga mengandungi kompaun beta sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dalam badan yang mana ia banyak digunakan untuk merawat darah tinggi di India.

Mengikut kajian, tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi kerana ia bersifat bebas racun atau tidak bertoksik selain mempunyai sejarah yang lama dalam bidang perubatan Ayurveda di kalangan masyarakat India.

"Rekod Ayurveda mengenalpasti 300 ramuan daripada Moringa sesuai diamalkan untuk mengatasi dan merawat pelbagai penyakit. Pencairan zat dan jus hijau Moringa mempercepatkan penyerapan biologi badan dan larutan zat yang bersifat 100 peratus biokimia membolehkan badan menggunakannya terus tanpa proses penghadaman. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular