Saturday, August 3, 2013

Tabik spring kepada Pengetua Sek Men Keb Alam Megah, Shah Alam

Tabik spring kepada Pengetua Sek Men Keb Alam Megah, Shah Alam kerana berjiwa besar mohon maaf atas keterlanjuran kata bukannya macam simamat Guru Besar Sek Rendah Keb Seri Pristana menyombong hidung tinggi ego tidak kena gaya....

Pengetua SK Alam Megah mohon maaf pada pelajar
Pengetua SK Alam Megah, Yati Dani, yang sebelum ini memberitahu pelajar supaya "balik India dan China", memohon maaf kepada pelajar semasa perhimpunan sekolah itu hari ini.

Mengesahkan perkara itu, timbalan pengerusi MIC bahagian
Shah Alam, A Prakash Rao berkata beliau telah dimaklumkan mengenai permohonan maaf itu oleh mereka yang hadir di sekolah itu pada masa tersebut.

"Saya dimaklumkan beliau memohon maaf semasa perhimpunan, seperti janjinya kepada saya apabila kami bertemu beliau, di hadapan seorang pegawai jabatan pendidikan negeri (PPD).

"Sesetengah ibu bapa juga berada di kawasan sekolah ketika itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kini terpulang kepada Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap pengetua tersebut.

Menurut seorang wartawan yang membuat liputan permohonan maaf secara terbuka Yati itu, pengetua tersebut berkata "manusia biasa tidak dapat lari daripada kesilapan".

"Di sini, atas kasih dan sayang, saya memohon pemaafan kalau terdapat sebarang kesilapan sepanjang mentadbir sekolah ini, khasnya apa yg telah berlaku pada minggu lepas di mana pelajar-pelajar menyanyi tiga lagu patrotik, pada masa itu saya telah memberi teguran yg mungkin menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.

"Niat saya adalah hanya sekadar menasihati semua murid, tak kira kaum, untuk menjadi warga malaysia yang lebih patrotik, seperti kata pepatah, di mana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung.

"Saya sebagai pengetua sekolah ini, amat berbangga dengan murid saya dan I love you all," katanya.

MIC bertemu pengetua tersebut pada 31 Julai lalu, dan mendakwa beliau meminta maaf kerana berkata demikian sewaktu perhimpunan pada 22 Julai, kerana marah dengan bunyi bising oleh pelajar semasa lagu Negaraku dimainkan.

MIC berkata, pengetua itu mendakwa beliau juga pada masa yang sama, telah memberitahu pelajar Melayu supaya "kembali ke Indonesia".

Pihak sekolah enggan membuat sebarang kenyataan kepada media.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular