Tuesday, July 30, 2013

Kes Tembak Pengerusi MyWatch : Ada orang dalam pasukan polis saya tidak dipercaya

Dedah polis jahat: Pengerusi MyWatch diugut bunuh
Ketua badan pemantau anti jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan dikatakan menerima beberapa ugutan bunuh selepas beliau mengancam untuk mendedahkan identiti polis yang jahat, kata bapanya.

Sanjeevan sedang dalam proses mendapatkan perkhidmatan perlindungan keselamatan 24 jam untuk keluarganya apabila beliau ditembak pada Sabtu lalu.

"Dia ada memberitahu kami mengenai ugutan yang diterima tetapi tidak memaklumkan siapa yang bertanggungjawab," kata bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan kepada The Malaysian Insider.

"Saya sudah banyak kali memintanya supaya berhati-hati. Saya nasihatkan dia untuk tidak terlalu menyiasat perkara ini, tetapi dia berdegil,” katanya.

Bapa berusia 63 tahun itu, berkata, Sanjeevan yang masih bujang adalah anak bongsu daripada lima beradik itu amat rapat dengan keluarga dan memberi amaran supaya semua ahli keluarga berhati-hati.

Ramakrishnan berkata, Sanjeevan sebelum ini menceburi bidang hospitaliti sebelum memberikan tumpuan sepenuh masa kepada MyWatch.

"Walaupun dia anak bongsu, boleh dikatakan dia agak matang, tetapi sering terbawa-bawa dengan apa yang dilakukannya," katanya.

Sanjeevan ditembak ketika berada dalam kereta bersama seorang rakan di bandar Bahau, Negeri Sembilan, petang Sabtu. Penyerangnya dikatakan dua lelaki bermotosikal.

Mereka melepaskan beberapa das tembakan kepada Sanjeevan, tetapi mangsa yang terkena tembakan di dada selamat dan dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban ke Hospital Serdang, semalam.

Beliau yang dikawal rapi dijadualkan menjalani pembedahan.

Anggota polis bersenjata juga ditempatkan berkawal di hospital.

Seorang ibu saudaranya yang enggan dikenali berkata, Sanjeevan sentiasa bekerja.

"Dia menganggap kerja anti jenayah sangat serius dan kami bimbang keselamatannya setiap hari. Dia terlalu bercita-cita tinggi dan apa yang berlaku ini umpama mimpi ngeri kepada kami," katanya.

Sejurus selepas kejadian tembakan itu berkata, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi akaun Twitternya berkata, Sanjeevan ditembak kerana beliau akan mendedahkan beberapa anggota polis yang dikaitkan dengan dunia jenayah.

Perkara ini turut didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang berkata, Sanjeevan ada memberitahunya bahawa beliau mempunyai senarai nama pegawai polis yang sedang disiasat atas kesalahan berkaitan dadah.

Pengarah Strategi PKR itu berkata, Sanjeevan memberitahunya bahawa beliau yakin jenayah itu amat serius kerana pegawai polis yang disoal siasat itu sedang disiasat mengikut seksyen undang-undang yang membawa hukuman mati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun, menggesa Rafizi untuk tampil dengan informasi itu. - 30 Julai, 2013. TMI

Bapa Sanjeevan: Saya mahu dedahkan sesuatu kepada KPN
KUALA LUMPUR: Bapa kepada pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan – yang kini masih dalam keadaan ‘kritikal’ – berkata bahawa beliau ingin jumpa dengan Ketua Polis Negara (KPN) untuk ‘mendedahkan sesuatu’.


“Apabila anak saya pulih saya fikir saya mahu bertemu dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar). Saya perlu mendedahkan sesuatu kepadanya, ” P. Ramakrishnan, 64, memberitahu Astro Awani dalam satu perbualan telefon.

Walau bagaimanapun, ejen insurans itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai maklumat yang dia mahu menyampaikan.

Ramakrishnan berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Khalid untuk menyiasat kes ini, tetapi menambah bahawa “ada orang dalam pasukan polis saya tidak dipercaya” lapor Astro Awani.

Ramakrishnan kini di Hospital Serdang dengan ahli-ahli keluarga yang lain menanti anaknya yang berumur 29 tahun itu pulih. Sanjeevan ditembak pada hari Sabtu oleh dua lelaki bersenjata bermotosikal di Jempol.

“Saya yakin dengan KPN. Kenyataan beliau sangat jelas. Saya yakin bahawa mereka akan menyelesaikan masalah ini … tetapi ada orang dalam pasukan polis, tidak boleh percayai, ” katanya.

Beliau berkata bahawa Khalid adalah” orang yang sangat cekap “dan baik, seperti bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ramakrishnan berkata kenyataan polis “bercanggah” kerana Ketua Polis Negeri Sembilan Osman Salleh “mendakwa bahawa anak saya tidak membuat laporan mengenai ancaman kematian tetapi saya sangat yakin dengan apa yang dia yang dilakukannya walaupun saya tidak gembira dengan hal tu.”

Bekas ahli DAP dan bekas kerani firma undang-undang itu berkata keadaan Sanjeevan, yang kini telah dipindahkan ke Hospital Serdang itu, agak merosot daripada semalam.

“Keadaan masih kekal tetapi ritikal, mereka cuba untuk menstabilkan dia, selepas itu barulah boleh buat pembedahan untuk mengeluarkan peluru, “katanya.

Peluru yang masuk dalam tubuh Sanjeevan masuk melalui tangan kanannya dan ke dalam rusuknya, ia juga terkena hati dan paru-paru beliau.

“Semalam dia lebih baik, tetapi hari ini lebih teruk lagi,” katanya.

Sanjeevan telah dipindahkan ke hospital Serdang kira-kira sejam yang lalu.

Ramakrishnan turut berkongsi detik-detik kali terakhir dia melihat Sanjeevan pada hari anaknya elah ditembak.

“Dia makan tengah hari dengan saya dan berada di rumah sebelum dia pergi keluar lagi. Tidak lama selepas itu, kami mendengar dia ditembak … anak perempuan saya, isteri saya, mereka memberitahu saya. Saya bergegas ke hospital, terkejut, berdiri dan saya tidak tahu apa yang patut dilakukan, dia kehilangan banyak darah. “

Ramakrishnan juga mendedahkan bahawa Sanjeevan baru-baru ini memberitahu keluarganya bahawa dia mahu memasang CCTV di rumah dan mengambil seorang pengawal keselamatan.

“Kami telah bercakap mengenainya kerana beliau berkata dia bimbang tentang keselamatan kami, tetapi kini dia yang berada di hospital.”

Ramakrishnan berkata beliau sedar kerja kontroversi Sanjeevan dalam MyWatch dan keluarganya menyokong beliau.

“Ibunya pernah menasihatinya dan bertanya mengapa dia perlu terlibat dalam semua ini kerana ia bukan tugas dia, tetapi dia berkata , jika semua orang tidak mengambil berat, maka siapa yang akan membantu rakyat? Kami bimbang, tetapi kamisemua menyokong dia. “

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular