Tuesday, July 30, 2013

Tetap harga siling, helah kerajaan selepas harga barang naik

Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa kerajaan menjadi punca kenaikan harga barang mendadak yang berlaku kini dan menetapkan paras harga siling selepas barang naik adalah satu lagi helah untuk memperbodohkan rakyat.

Naib Presiden PAS itu berkata, penetapan harga siling berlaku supaya kerajaan tidak dipersalahkan berhubung kenaikan harga barang.

"Contohnya harga ayam sebelum ini di pasaran cuma sekitar RM 6 hingga ke RM 7 sekilogram namun pada awal Ramadan ia dinaikkan sehingga RM 8,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.

"Selepas harga naik baru kerajaan menetapkan harga paras siling RM 7.70 kononnya ingin memberikan situasi menang-menang kepada pengguna peruncit dan pembekal,”katanya.

Mahfuz berkata, dengan penetapan harga siling itu maka secara tidak langsung harga barang naik tanpa disedari pengguna.

"Apabila kerajaan menetapkan harga siling ayam maka apa yang kita boleh lihat daripada harga ayam sebelum naik kepada 70 sen tahun ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek menafikan berlaku kenaikan harga barangan keperluan selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Beliau berkata, dakwaan itu sengaja diwujudkan pihak pembangkang yang sengaja mahu menaikkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Pada 5 Julai lalu, pelbagai barangan keperluan termasuk ayam, ikan serta pelbagai jenis sayuran mencatat peningkatan secara mendadak dilaporkan media.

Sehingga hari ini KPDNKK tidak menyatakan dengan jelas punca kenaikan harga ayam yang menyebabkan panik di kalangan pengguna.

Terdahulu menteri itu mengumumkan senarai harga barang kawalan dalam menangani isu kenaikan harga barangan keperluan menjelang Aidilfitri. – 30 Julai, 2013. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular