Saturday, August 3, 2013

Punca Jakim padam artikel kesesatan syiah dari webnya terbongkar!!

Presiden Republik Islam Iran, Dr. Mahmoud Ahmadinejad telah meluangkan masanya untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Mac baru-baru ini.

Beliau bersama-sama delegasinya adalah dalam rangka lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari. Ketibaan Dr. Mahmoud Ahmadinejad serta delegasinya ke Masjid Wilayah diiringi oleh Y.B Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi selaku Menteri Pengiring.

Mereka kemudiannya disambut oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Mustafa Abd. Rahman, Pengarah JAWI, Haji Che Mat Che Ali, Imam Besar Masjid Wilayah, Haji Mohamad b. Mohamad Zin serta pegawai pegawai masjid.

Setelah selesai solat, Dr. Mahmoud Ahmadinejad sempat beramah mesra dan bersalam-salaman bersama hampir seribu jemaah yang menanti untuk bertemu beliau sebelum berangkat meninggalkan masjid. -jakim

Sebelum itu JAKIM pernah mengeluarkan artikel yang menerangkan kesesatan syiah bersama-sama dalil dan bukti dari AL Quran. Namun artikel yang bertajuk 'Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah' dengan link address [ SINI ] tidak dapat diakses lagi. Tidak diketahui puncanya. Namun yang pasti artikel itu telah dipadam atau di simpan sebagai draf oleh pengendali laman web JAKIM.

Blog ini telah berjaya menemui dan menyiarkan semula artikel JAKIM tersebut dengan tajuk 'Artikel khas penjelasan tentang kesesatan syiah oleh JAKIM'

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular