Saturday, August 3, 2013

TPPA : Che Det bidas Najib ..

Dr Mahathir: TPPA bakal sekat perdagangan
Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik langkah kerajaan untuk menjadi sebahagian daripada negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana perjanjian itu bakal menyekat perdagangan bebas.

Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu, berkata perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dilaksanakan sebelum ini terbukti gagal kerana menerusi perjanjian itu, negara yang menyertai perlu mengawal selia perdagangan melalui perjanjian dan bukan perdagangan bebas.

Memberi amaran bahawa TPPA adalah terhad, beliau juga menyatakan bahawa perjanjian itu mempunyai unsur ancaman.

"Jika TPPA tidak diterima maka negara-negara yang keras kepala akan menghadapi sekatan terhadap kebebasan mereka untuk mengadakan perdagangan dengan ahli-ahli TPPA," kata Dr Mahathir menulis dalam kolum ulasan yang disiarkan dalam akhbar The New Straits Time.

Beliau berkata, Malaysia sedia ada sudah menikmati faedah daripada perdagangan dengan negara-negara dalam TPPA itu.

Bagaimanapun, jika Malaysia tidak menyertai TPPA, perdagangan akan terbatal secara automatik dengan negara berkenaan kerana ia adalah salah satu syarat TPPA.

Beliau juga memberi amaran bahawa, negara ini membuka sendiri kebanjiran ligitasi undang-undang kerana syarat perjanjian yang dicadangkan dalam TPPA kebiasaannya akan mengatasi undang-undang negara.

Mengambil contoh Peru, negara Amerika Selatan yang menjalinkan FTA dengan Amerika Syarikat, Mahathir berkata,kerajaan negara TPPA mendedahkan diri mereka disaman oleh syarikat swasta yang tidak mempunyai kepentingan di negara berkenaan.

Katanya, Peru diarahkan membayar Renco sebanyak RM13.68 bilion kerana menghentikan pemprosesan produk yang mengakibatkan pencemaran sungai La Oroya yang meracuni 95 peratus kanak-kanak di situ.

Beliau menegaskan bahawa pertikaian itu, yang diputuskan Pusat Antarabangsa Penyelesaian Krisis Pelaburan, ditugaskan untuk menegakkan TPPA.

Di Malaysia, katanya, dasar ekonomi yang digunakan bertujuan menangani masalah sosial.

"Ini mungkin bertentangan dengan kepentingan syarikat asing dan kita mungkin terpaksa meninggalkan dasar kita tanpa mengira kerosakan yang akan berlaku kepada masyarakat," katanya.

Dr Mahathir berkata, sesetengah pihak di Malaysia mungkin mengalu-alukan perjanjian ini, tetapi ia jelas menunjukkan diskriminasi kepada syarikat tempatan dalam kontrak dan pemerolehan kerajaan juga akan terdedah kepada tindakan undang-undang di bawah TPPA itu.

Bekas perdana menteri turut menyelar bahawa draf (TPPA) direka oleh syarikat besar Amerika Syarikat yang tentunya hanya memenuhi kepentingan mereka sendiri.

"Kita tahu kepentingan mereka adalah untuk menembusi pasaran negara kurang maju atau sedang membangun yang kaya dengan sumber,"katanya. - 3 Ogos, 2013.

Dr M: TPPA akan mengikat kaki dan tangan kita
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam.

Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.

Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.

"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya.

Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton.

TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia.

Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar.

Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai. mk

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular