Tuesday, July 30, 2013

Nampak nya kena kurangkan subsidi...

Ada pihak ambil kesempatan: PDAM
SHAH ALAM - Bekalan diesel yang terputus semenjak tiga hari lalu bukan berpunca daripada kehabisan bahan bakar tersebut, sebaliknya wujud pihak tertentu yang mengambil kesempatan membeli diesel dengan harga subsidi melebihi kuota dibenarkan.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kuota penjualan diesel di stesen minyak penuh sehingga stok jualannya habis.

“Setiap stesen minyak diberikan kuota jualan minyak setiap bulan, tapi jika stesen minyak tersebut sudah mencapai kuota jualan bulan itu, mereka terpaksa menghentikan jualan.

“Jika stesen minyak itu terus menjual, mereka tidak akan dibayar kerajaan dengan harga subsidi. Ini yang berlaku apabila ada pihak membeli dengan kuantiti banyak untuk mengaut keuntungan kerana harga diesel subsidi hanya layak dinikmati pengguna biasa, bukannya pengilang atau syarikat kontraktor,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, antara faktor menyebabkan wujudnya pihak yang mengambil kesempatan ke atas harga subsidi adalah jurang harga jualannya terlalu tinggi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kawalan daripada kerajaan perlu diperketat supaya kejadian seumpama itu dapat dibendung.

“Kita hanya kawal dari segi penjualan dan nasihat kepada pengusaha supaya mengikut peraturan sedia ada. Tetapi dari segi pemantauan dan tangkapan itu di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),” katanya. SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular