Tuesday, July 30, 2013

Utusan putar belit isu Syiah - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan menyebut dua nama pimpinan tertinggi PAS berhubung isu Syiah sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan Utusan Malaysia, seperti mana dipetik "PAS hari ini menjelaskan bahawa sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai pengikut Syiah".

Menurut Tuan Ibrahim, beliau langsung tidak menyebut kedua-dua nama pimpinan PAS itu kepada Utusan, namun tindakan akhbar itu sengaja memutarbelitkan fakta.

Tuan Ibrahim dilaporkan memberi respons kepada Utusan melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Namun, Tuan Ibrahim yang melahirkan kekecewaan ekoran laporan Utusan tersebut lalu menghantar SMS kepada Harakahdaily.

"Bila pula ana sebut nama dia orang tu.Yg dikod (quote) "....." Itu kenyataan ana. Putar alam betul," tegasnya dalam sms kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim turut menegaskan semua ahli PAS mesti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau sekali menafikan penglibatan pimpinan utama PAS dengan ajaran Syiah. Harakah

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular