Tuesday, July 30, 2013

Negeri yang DPMM umum Melayu Termiskin miliki perumahan termewah... HIDUP MELAYU JOHOR!!!

"Harga bagi setiap unit tersebut bermula dari RM900 per kaki persegi, sekali gus menjadikan nilai unit-unit tersebut berharga antara RM2 juta hingga RM8.45 juta,"


Kediaman tertinggi Asia
JOHOR BAHRU 28 Julai - Johor bakal mencatat sejarah apabila satu projek kediaman mewah tertinggi di rantau Asia yang dikenali sebagai The Astaka@1Bukit Senyum di sini akan dibina di atas satu plot tanah pegangan bebas meliputi kawasan seluas hampir satu hektar.

Pengarah Urusan Astaka Padu Sdn. Bhd., Datuk Zamani Kassim berkata, projek yang menelan kos RM1.2 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017 menerusi empat fasa iaitu pembinaan dua menara dengan ketinggian 65 dan 70 tingkat.

Katanya, projek itu sudah mendapat semua kelulusan termasuk untuk menjual setiap unitnya serta permit pengiklanan juga sudah dikeluarkan.

Perjanjian jual beli turut dimeterai dan kini terdapat kira-kira 60 peratus pembeli.

"Harga bagi setiap unit tersebut bermula dari RM900 per kaki persegi, sekali gus menjadikan nilai unit-unit tersebut berharga antara RM2 juta hingga RM8.45 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Astaka Padu dan Penta Ocean Construction di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada yang disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.

Zamani berkata, The Astaka merupakan kediaman ultra mewah dan mempunyai 438 unit rumah dengan setiap sebuah berkeluasan 672.69 hingga 1,648.35 meter persegi serta menempatkan tiga hingga lima bilik tidur.

"Setiap tingkat disediakan lif peribadi dan hanya mempunyai empat unit kediaman serta dilengkapkan dengan sistem keselamatan empat lapis.

"Projek ini adalah rentetan kejayaan dan kewujudan Iskandar Malaysia yang menjangkakan lebih banyak pembangunan akan dicipta," katanya. © Utusan Melayu (M) Bhd

Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM

JANUARY 15, 2013
LATEST UPDATE: JANUARY 15, 2013 11:40 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular