Friday, July 5, 2013

PRK Kuala Besut : Ustaz Lawan Ustaz?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam.

Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun.

Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz.

Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof.

Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.

"Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang.

Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti hanya 246 undi sahaja.

Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh.

Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi.

"Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan 16 Adun Pakatan," katanya.

Pandangan beliau disokong Wan Azhar.

"Kita mahu lihat apa akan berlaku jika Adun PAS membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker misalnya. Ketika itu speaker yang dilantik BN tidak bolehlah mengundi kerana ia usul ke atasnya," kata Wan Azhar.

Beberapa tokoh BN sebelum ini beranggapan jika PAS menang pun, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana speaker yang dipilih BN akan menjadi undi penentu.

PRK Besut diadakan selepas kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar minggu lalu akibat komplikasi paru-paru berair.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat jam 10.00 pagi nanti dan membuat keputusan mengenai tarikh PRK di DUN Kuala Besut.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular