Friday, July 5, 2013

Panas!!! Askar Mesir menembak penyokong Dr Morsi. (video)

'Menyambut' Ramadhon Al-Mubarak dengan percikan bunga api dan darah?......dasyatnya
Apabila Presiden Mesir (diturunkan melalui satu rampasan kuasa tentera) Dr. Morsi menang dalam piliharaya tahun lalu, beliau mengambil langkah 'damai' dengan penyokong kuat Hosni Mubarak dengan melantik Abdel Fattah Al-Sisi sebagai General dan Menteri Petahanan serta melantik Adly ('Ugly') Mansour sebagai Ketua Hakim.

Sekarang General yang sama memberi tempoh 48 jam kepada Dr. Morsi turun dan setelah tamat tempoh itu beliau mengetuai rampasan tentera ke atas Presiden pilihan rakyat Mesir dan melantik Adly ('Ugly') Mansour sebagai Presiden sementara.

Saya tidak berhajat berbincang siapa dalang disebalik coup d'etat itu tapi satu pengajaran kepada pemain-pemain politik di Malaysia, apabila berjaya memenangi pilihanraya sesuatu negeri agar berhati-hati mengekalkan atau melantik baru jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran agar mereka tidak mendatangkan masalah kepada pentadbiran baru..al-brangionline:


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular