Monday, July 1, 2013

Dakwaan himpunan Black 505 dibiayai pihak asing : Jusuf kalla mereka-reka tuduhan? SIAPA yang membiayai Jusuf Kalla untuk memburukkan Anwar dan Pakatan Rakyat?

Jusuf Kalla dakwa himpunan Black 505 dibiayai pihak asing 

Mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - Black 505 - dibiayai oleh pihak asing. 


Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian. 

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. 

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut. 

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. 

Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu. 

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas. 

"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain. 

"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam," katanya.



Ulasan GB
Pertama kita merasa hairan bagaimana dan mengapa "orang luar" boleh memberi komen terhadap keadaan politik yang berlaku di dalam negara kita? Siapa Jusuf Kalla sebenarnya yang begitu berminat mengenai perjalanan politik Malaysia?

Kedua, soal pembiayaan asing terhadap Black 505 hanya merupakan tuduhan tanpa bukti. Beliau mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian. 

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.


Perkataan yang dimerahkan oleh GB itu membuktikan bahawa beliau hanya membuat agakan, tiada kepastian. Perkataan "mungkin juga" itu memberi pengertian bahawa beliau TIDAK mempunyai bukti tetapi mereka-reka tuduhan. 

Dan ketiga, persoalan kini, siapakah yang membiayai Jusuf Kalla untuk memburukkan Anwar dan Pakatan Rakyat? Anda pasti sudah mengetahui jawapannya!

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular