Wednesday, July 3, 2013

Kesian!! Noh Omar, walaupun menang PRU, tapi tak dapat jawatan menteri

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Datuk Seri Noh Omar malu besar ketika cuba mengganggu ucapan Mohamed Azmin Ali berhubung isu undi popular apabila mengatakan Parlimen Tanjung Karang yang diwakilinya lebih besar berbanding Parlimen Gombak yang diwakili Azmin.

Azmin dalam perbahasannya membidas Noh dan menegaskan undi popular diukur dari sokongan rakyat terhadap parti dan bukan keluasan sesebuah kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden KEADILAN itu mendesak agar persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula dan lebih adil berbanding ketika ini bertujuan untuk memenangkan Umno BN.

“Hakikatnya Tanjung Karang, Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berbanding kerajaan minoriti BN yang menjunam kepada 47 peratus sahaja,” kata Azmin membuatkan pemimpin Umno Selangor itu mencebikkan bibir tanda tidak berpuas hati.

Noh yang diberi laluan selepas itu membebel dengan pelbagai alasan termasuk mengatakan DAP lebih popular berbanding KEADILAN bertujuan melaga-lagakan Pakatan Rakyat sebelum dijawab Ahli Parlimen Pakatan lain – ‘kami bertanding dalam satu gabungan’.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar pula menyindir kelakuan Noh itu bertujuan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita memuji ucapan perbahasan Tanjung Karang walaupun menang PRU, tapi tak dapat jawatan menteri,” sinis Naib Presiden PAS itu menyebabkan dewan gamat seketika apabila ramai ahli dewan minta mencelah untuk soalan tambahan. ~keadilandaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular