Tuesday, July 2, 2013

Beruntung Rakyat 1Malaysia.. Najib Umum Biasiswa Penuh!!!

Tumpang bangga dengan Najib...
Laki Mak Long hang: Pak Long Din
Pak Long bangga sungguh. Punya syok tak dak dah neh tengok Piem negara Pak Long sorang yang dermawan dan pandai ambik ati kawan...

Bijak uruih duit negara sampai terlebih cukup dari belanja. Terlampau banyak tak tau nak buat apa, bagi biasiswa kat budak-budak Afrika...
Ni salah satu dari cenderamata kecik kita ja kat rakan sebantai dan sekelambu kita kat Afrika sana. Kita sebagai negara maju perlu membantu negara mundur macam depa. Bukan senang woi nak bina keupayaan teknologi tinggi setinggi kita. Perlu banyakkan lagi pembangunan modai insan depa... Sebab tu Piem kita tawaqkan duit rakyat Malaysia sebanyak 10 biasiswa penuh kat setiap negara Afrika yang mai dialog perkongsian Bestari global tuh...

Tak pa... ni semua demi negara. Biaq dunia luaq kagum ngan kita... depa bukannya tau pun bahawa budak-budak kita naik ngeri gila, tak dan keja dah hutang berjela-jela... termasuk la cucu Pak Long... haha...

Universiti swasta Malaysia tawar biasiswa kepada Afrika
2013/06/30 - 10:05:48 AM Cetak Emel Kawan

DAR ES SALAAM (Tanzania): Dalam usaha terbaharu Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global.

Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis malam malam Rakan Bestari Global di sini malam tadi bahawa Limkokwing University of Creative Technology menawarkan biasiswa itu. 

Tujuh belas negara Afrika menyertai dialog itu, satu platform bagi ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains dan ahli akademik untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.

Najib berkata universiti itu mempunyai tiga kampus di Lesotho, Botswana dan Swaziland dan merancang untuk membuka satu lagi kampus baharu di Tanzania. - BERNAMA

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular