Thursday, July 4, 2013

PRK Kuala Besut : Pengiraan undi disiar secara langsung?

Shabery: Pengiraan undi mungkin disiar langsung
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bercadang untuk menyiarkan secara langsung proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil Kuala Besut menerusi saluran RTM.

Menurutnya, beliau akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan cadangan itu dan akan berbincang dengan pihak RTM untuk menjadikannya satu kenyataan.

"Insya-Allah saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi.

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada wartawan selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi. MK

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular