Thursday, July 4, 2013

Rang undang-undang pertukaran agama anak tidak adil, DAP sokong Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa adalah tidak adil untuk kanak-kanak bawah umur 18 tahun menukar agama dengan persetujuan hanya salah seorang ibu atau bapa disokong DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyokong kenyataan Nazri yang juga Menteri Pelancongan bahawa peruntukan dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 adalah tidak adil.

Katanya, ini kerana Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 memperuntukkan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa diperlukan ketika rang undang-undang dibahaskan di Parlimen pada Mei 1993.

Parlimen pada Mei 1993 meluluskan Seksyen 95, dalam “Bahagian IX – Masuk Islam”, yang menyebut: “Seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika ia sempurna akal dan mencapai umur 18 tahun; atau jika belum, ibu bapa atau penjaga perlu mengizinkan kemasukannya.”

Bagaimanapun, katanya, sewaktu ia diwartakan, versi Bahasa Malaysia akta ini menampilkan sedikit kelainan tetapi membawa makna perbezaan apabila Seksyen 95(b) membenarkan kanak-kanak di bawah umur masuk Islam dengan izin hanya salah seorang daqripada ibu atau bapa, padahal yang dikehendaki Parlimen ialah keizinan kedua-dua ibu dan bapa.

Versi bahasa Malaysia yang diwartakan adalah seperti berikut:
“(b) jika dia belum mencapai umur 18 tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.”

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam kenyataannya di Parlimen berkata, penyiasatan penuh dilakukan untuk meneliti bagaimana boleh terjadi perbezaan antara rang undang-undang yang diluluskan Parlimen dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan (1993) yang telah diwartakan.

Bagaimanapun, beliau berharap semua pihak yang terbabit perlu membincangkan cadangan perundangan yang sensitif seperti Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 perlu memastikan kebebasan dan hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan sentiasa terpelihara, selain memberi perhatian penuh terhadap usaha menjaga keharmonian masyarakat, kejituan institusi keluarga dan prinsip keadilan serta kesaksamaan. – Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular