Tuesday, October 23, 2012

Kos Pelaboran AES : Tu dia Kementerian Kewangan "UP" RM400 Juta

AES: Kos RM717j meragukanAES: Kos RM717j meragukan
SERDANG – Kos pelaburan RM717 juta bagi pemasangan 831 buah Sistem Penguatkuasaan automatik (AES) yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini menimbulkan keraguan.

Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Sharif mendakwa, terdapat perbezaan sebanyak RM400 juta daripada jumlah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri di Parlimen.

Menurutnya, kerajaan dicaj melebihi harga pasaran untuk membeli peralatan kamera AES, berbanding dengan jumlah yang diumumkan di Parlimen.

“Syarikat yang berpangkalan di Jerman, Jenoptik Robot telah menandatangani perjanjian bernilai AS$53 juta (RM160 juta) untuk memasang sistem Ates Sdn Bhd, dan syarikat Redflex Traffic Systems Pt Ltd di Australia, menandatangani kontrak dengan Beta Tegap Sdn Bhd untuk membekalkan 450 kamera pengesan kelajuan bernilai AS$50 juta (RM151 juta).

“Kenapa ada perbezaan RM400 juta antara jumlah RM717 juta yang dinyatakan jawapan di Parlimen,” katanya, semalam.

Beliau turut menunjukkan kontrak berasingan sebagai bukti yang ditandatangani firma berkenaan dan wakil pengedar kamera barangan kelengkapan berkenaan hanya bernilai RM300 juta.

"Bagi pelaburan tersebut, Ates dan Beta Tegap dibenarkan mengutip RM16 bagi setiap saman dikeluarkan AES," katanya.

Beliau turut mendedahkan, berdasarkan simulasi unjuran bayaran kepada dua syarikat tersebut, sejumlah RM769,610,160.00 akan diperolehi dua syarikat sekiranya enam juta saman dikeluarkan setahun dengan anggaran 3.6 juta orang membayar RM300.

Katanya, walaupun sehingga kini hanya 14 lokasi AES iaitu di Zon A dan Zon B dikuatkuasakan, namun sebanyak 63,558 imej berjaya dirakam dalam tempoh terbabit.

Oleh itu, Zulhazmi berpendapat pelaksanaan AES ini sewajarnya ditangguhkan dan kajian semula dilakukan terlebih dahulu, kerana masih banyak kelemahan dalam sistem ini. SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular