Sunday, October 21, 2012

Fakta : Peniaga Melayu UMNO bantah Roboh Kompleks Niaga Utama demi Agenda Raja Nong Chik


KUALA LUMPUR: Peniaga-peniaga kecil bumiputera Kompleks Niaga Utama (KNU) meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan UDA Holdings yang mahu merobohkan kompleks berkenaan untuk memulakan projek pembinaan kondominum 35 tingkat.
Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah yang hadir memberi sokongan menggesa kerajaan agar mendengar rintihan seterusnya membela nasib peniaga-peniaga kecil di sini.

Menurutnya, keputusan untuk merobohkan kompleks ini dibuat tanpa perbincangan dengan pihak peniaga.

"UDA sepatutnya menjaga kepentingan Bumiputera kerana bangunan ini satu-satunya kompleks yang menempatkan bumiputera untuk berniaga di kawasan ini.

Beliau berkata, peniaga-peniaga tetap dengan pendirian mereka untuk tidak perpindah dari kompleks berkenaan dan mahu pihak UDA mengadakan perbincangan terbuka bagi menyelesaikan perkara itu.

"Peniaga-peniaga di sini tidak mahu berpindah tetapi kalau UDA Holdings tetap mahu memindahkan peniaga-peniaga mereka mahu ada perbincangan secara terbuka, jangan membelakangkan peniaga-peniaga di sini," katanya.

Tambahnya, beliau telah menghubungi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaacob untuk melawat dan meninjau keadaan peniaga-peniaga di kompleks ini.

Ismail dijangka akan turun padang pada Isnin akan datang.

"Saya telah menghubungi Datuk Ismail Sabri untuk meminta beliau bersama-sama dengan peniaga di kompleks ini dan mendengar suara mereka, dan beliau telah bersetuju untuk bertindak demikian secepat yang mungkin," katanya.

KNU di bawah pengurusan UDA Holdings telah dibina pada 1988 dan menempatkan 50 peniaga-peniaga kecil bumiputera. kingofgoblok.blogspot.com

UMNO perjuangkan Bangsa Melayu? Betul ke?.. 
Ini adalah luahan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga-peniaga Kompleks Niaga Utam, Bangsar Utama tentang nasib peniaga-peniaga Melayu disitu yang akan diusir keluar dari Kompleks itu.

Menurut beliau Nong Chik yang telah datang ke Kompleks itu pada 26 Ogos 2011 telah berjanji ‘Bangunan ini tidak akan disentuh oleh pihak UDA, tiada pembangunan akan dibuat di Kompleks Niaga Utama’.

Tapi kini.. janji tinggal janji.. peniaga-peniaga Melayu tersebut bakal diusir keluar dari Kompleks tersebut September 2013 dan notis akan diterima mereka menjelang bulan Mac ini..

UMNO memperjuangkan nasib Melayu?...

Pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak lagi meletakkan Bangsa Melayu sebagai agenda utama perjuangan mereka tetapi kroni dan poket mereka lebih didahulukan.. itu adalah hakikat..

Jika perkara seperti di atas berlaku dinegeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.. nescaya 3 hari 3 malam media tunggangan UMNO akan menyiarkannya...

Dengar ya.... khas buat pencacai UMNO.. ASD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular