Tuesday, July 30, 2013

Kena Tembak lagi.. Sungguh Aman, Oh Malaysiaku TEMBAKLAND!!!

Kes 1 Pengasas Bank Arab-Malaysia ditembak mati, isteri cedera
July 29, 2013

Pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.

Kes 2 : Seorang lelaki maut, 2 cedera ditembak ketika minum
Bernama
4:48PM Jul 29 2013

Seorang lelaki maut dan dua cedera parah apabila ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh pada 10.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata Jasrafveenderjeet Singh, 25, yang cedera di leher meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Dua lagi yang cedera Koo Loo Kong, 55, dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, kini dirawat di hospital yang sama dan keadaan mereka dilaporkan stabil, katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.

"Jasrafveenderjeet yang sedang minum bersama rakan-rakannya telah dihampiri sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki dua suspek.

"Mangsa kemudian bangun dan berjalan menuju ke kereta suspek sebelum kedengaran bunyi beberapa das tembakan yang dipercayai dilepaskan dari jarak dekat ke arah mangsa," katanya

Beberapa das tembakan itu tersasar dan mencederakan dua rakan mangsa yang berada di meja makan, katanya dan menurutnya semua mangsa dibawa ke hospital berkenaan oleh orang awam.

Sum berkata siasatan di tempat kejadian menemui beberapa kelongsong peluru dan polis sedang mengenal pasti dua suspek berkenaan dan menyiasat jenis senjata, kereta dinaiki suspek dan motif tembakan.

Katanya polis juga akan merakamkan percakapan saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan mendapati Koo mempunyai 13 rekod kesalahan lampau. -Bernama

KES 3 Lelaki parah ditembak di Bukit Mertajam
29 Julai 2013
NIBONG TEBAL - Seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Lelaki berusia 30-an berasal dari Kulim itu kini dirawat di Hospital Kulim, Kedah.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai beberapa rekod jenayah," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian pada pukul 8.30 malam itu, lelaki berkenaan bersama rakannya dipercayai dari Jalan Mengkuang menghala ke Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) untuk ke Kulim.

"Ketika kereta mereka berhenti di lampu isyarat simpang empat di situ, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan yang dinaiki mereka dan seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan," katanya.

Mazlan ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.

Mazlan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengetahui motif kejadian. - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular