Monday, October 22, 2012

GempaQ!! Noh Omar Lemas Dalam Empangan Sungai Selangor???

Air empangan Selangor meningkat 127j meter padu.
KUALA LUMPUR 21 OKT 2012 : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang telah meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini.

“Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga loji pembersihan air (LPA) iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3),” jelasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air di sekitar Lembah Klang.

Sehubungan itu, ujarnya sekalung ucapan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang bekerja keras dalam memantau status empangan untuk memastikan ia berada pada paras memuaskan dan mampu memenuhi keperluan pengguna.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Selangor sedar dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan ketakutan kepada rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang kononnya bakal berdepan krisis air ekoran penurunan paras air di empangan.

“Saya menggesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan,” ujarnya.

Katanya, kenyataan mengelirukan dan tidak benar ini seolah-olah memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi.

Menurutnya, segala usaha yang dilakukan adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air yang masih terbantut di samping meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular