Tuesday, October 23, 2012

Persoalanya, Sanggupkah UMNO bubar Parti dan meninggalkan DASAR KEBANGSAAN yg dianutinya????

Dr Mohd Puad Zarkashi
Pemimpin Umno: Kenyataan Nik Aziz ideal, perlu konsisten
SHAH ALAM - Beberapa pemimpin Umno pusat menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sesuatu yang ideal, namun untuk merealisasikannya masih berhadapan dengan banyak halangan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mengakui bahawa pembentukan kerjasama antara orang Melayu dilihat lebih realistik antara Pas dan Umno.

Bagaimanapun kata beliau, sikap konsisten Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diperlukan dan jangan kerap berubah pendirian.

"Umno tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dengan Pas, tetapi realitinya amat sukar untuk melaksanakan uniformiti.

"Namun jika mahu wujudkan kerjasama, Pas perlu tetap pendirian khususnya Nik Aziz perlu konsisten dan tidak mengeluarkan kenyataan yang sering berubah-ubah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Nik Aziz mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, "kita tiru tindakan" bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baca Kenyataan Penuh TGNA di SINI
Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan.

Mengulas lanjut, Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, Pas mesti terbuka dalam menerima kebaikan yang dan keburukan antara parti untuk menjayakan kerjasama antara Pas dan Umno.

Katanya, jika Nik Aziz memulakan rundingan dan beliau yakin ahli Umno akan menyambutnya dengan baik.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, al-Quran mengajar umat Islam bersatu dan seorang Islam perlu mengetahui tanggungjawabnya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, penyatuan antara orang Melayu memang perlu.

Namun kata beliau, "setakat ini orang Islam tak ada kata sepakat dalam bab politik." - SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular