Monday, October 22, 2012

Panas ! Skandal SUK...Rasli Basir dan kroni Rogol dot dot dot...

Rasli Basir dan kroni Rogol Pulau Bumbun dengan Pelaburan RM1.2 bilion....

Pendedahan isu Pulau Bumbun, Langkawi... Orang Langkawi hangpa tau dak sapa yang dok samun tanah- tanah permintaan hangpa.....



PENDEDAHAN SIRI 1 : DATUK RASLI (SUK) DAN KRONI MAHU PERDAYA KERAJAAN NEGERI MEMILIKI PULAU BUMBUN, LANGKAWI
Artikel ini ialah Pendedahan tentang salahlaku dan amalan kronisme oleh Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri yang menjadi penyebab kebangkitan penentangan ahli-ahli majlis PBT seluruh Kedah.

Pendedahan ini di buat bertujuan rakyat Kedah dan Malaysia memahami tentang sikap dan tindakan Datuk Rasli yang tidak mahu memberi kerjasama dengan Exco dan Menteri Besar Kedah, sehingga menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri terganggu.

Ia berkaitan dengan isu penglibatan kroni, mungkin juga proksi kepada Datuk Rasli telah membuat permohonan di anugerah tanah di Pulau Bumbun, Langkawi bagi tujuan pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa.

Namun, harapan mereka memiliki tanah di Pulau Bumbun, Langkawi dengan sedikit bayaran kepada pihak kerajaan negeri telah dapat dipatahkan. Ia menyebabkan Datuk Rasli dan kroninya kecewa, sekali gus mereka telah membuat ‘grand design’ di peringkat pentadbiran untuk menghura-harakan pentadbiran dan menjatuhkan Menteri Besar Kedah.

Sumber dipercayai memberitahu, permohonan tanah seluas 160 ekar di Pulau Bumbun, Langkawi tersebut telah di buat oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. yang berpengkalan di Megan Evenue II, Kala Lumpur.

Pemilik Tirai Sutera tersebut ialah tiga individu, di mana salah seorang darinya mempunyai pertalian kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli.

Penulis dimaklumkan, pemilik dari kalangan Datuk Rasli ialah Ramizi Bin Datuk Paduka Haji Radzi iaitu adik kepada Puan Rozaina Binti Datuk Padu Radzi, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, di mana kedua-dua mereka (Ramizi dan Rozaina) adalah anak saudara Datuk Rasli sendiri.

Walau baimanapun, kerajaan negeri telah menolak permohonan tersebut kerana mendapati ada sesuatu yang tidak berapa kena dengan prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut.

Lagi pula syarikat yang bercita-cita membuat pelaburan membangunkan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa yang dianggarkan bernilai RM 1.2 billion tersebut didapati tidak aktif.

Lebih mencurigakan lagi sebelum itu syarikat Tirai Sutera juga telah memohon sebidang tanah berkeluasan lebih kurang 20 ribu kaki persegi bagi tujuan tapak kediaman kakitangan syarikat berkenaan di kawasan Bandar Kuah, Langkawi. Di mana, status tanah tersebut adalah tanah Bandar, luar simpanan Melayu.

Siasatan penulis, laporan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Langkawi, sebelum ini terdapat jga pihak lain yang memohon tanah di pulau tersebut, tetapi ia tidak diproses (dilayan). Di sini menimbulkan persoalan, bagaimana permohonan pihak lain diketepikan, sebaliknya syarikat Tirai Sutera seolah-olah diberi keistimewaan.

Bagi penulis, keputusan kerajaan negeri menolak permohonan ini adalah merupakan keputusan bijak serta memberi kemenangan buat rakyat Kedah, sekali gus telah dapat membenteras budaya kronisme yang mahu disuburkan di bawah pentadbiran (kerajaan) Datuk Rasli. Ia juga telah memberi tamparan buat Datuk rasli dan kroni-kroninya yang mahu bermaharaja lela di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Insya Allah, selepas ini penulis akan mendedahkan pula isu berkaitan The Lanai Langkawi Beach Resort, bagaimana Datuk Rasli telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi SSI (State Secretary Incorporated). -Oleh : MATA KCS - Kedahkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular