Monday, May 27, 2013

Yazid Sufaat sekali lagi ditahan polis, dan anak perempuan nya yg kecil juga cuba diGARI

Yazid Sufaat sekali lagi ditahan polis, hanya tujuh hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan beliau mengetepikan tuduhan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, isterinya Chomel Mohamad berkata dia tidak mengetahui mengapa Yazid ditahan.

"Polis datang ke rumah pada jam 8 pagi hari ini dan mengambilnya. Mereka kata mereka membawanya ke Bukit Aman. Saya tidak ada di rumah sewaktu tangkapan dibuat tapi empat anak saya menyaksikannya.

"Ini mengarut kerana dia baru sahaja dibebaskan... Saya letih (dengan perkara ini)," katanya yang mengusahakan satu kedai makan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur. Mk

Bekas Tahanan ISA Yazid Sufaat Ditahan Semula
Oleh TASHNY SUKUMARAN

PETALING JAYA: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat telah ditahan semula oleh polis hanya selepas satu minggu mahkamah mengetepikan tuduhan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kira-kira sepuluh anggota polis datang ke kediaman Yazid sekitar pukul 8.00 pagi Isnin dan menahannya yang dikatakan dibawa ke Bukit Aman.

Mereka diketuai oleh inspektor yang sama yang menangkap Yazid awal tahun ini.

Isterinya, Chomel, yang mengendalikan kantin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tidak berada di situ tetapi tiga anak perempuan mereka berada di rumah.

Pihak polis juga dikatakan cuba untuk menangkap tiga anak perempuannya.

"Mereka menggari kakak saya," dakwa salah seorang daripada anak perempuan Yazid.

"Mereka juga cuba menangkap saya dan adik perempuan saya tanpa sebab. Nasib baik dia begitu kecil dan gari tidak muat."

Menurut peguam Yazid, Fadiah Nadwa, Yazid telah ditahan di bawah Sosma dan Seksyen 130K (a) Kanun Keseksaan, berkaitan keganasan dan membawa hukuman penjara seumur hidup.

Hilmi Hasin, yang bekerja di kantin dengan Yazid dan keluarganya juga telah ditangkap semula.

"Mereka ditahan di Bukit Aman. Kami sedang cuba untuk mendapatkan akses, dan apabila kita bertemu dengan mereka kita akan memfailkan habeas corpus," katanya, Isnin.

Fadiah berkata Halimah Hussein, yang juga telah ditangkap bersama kedua-dua mereka awal tahun ini, hanya dikenakan "denda setakat ini".

Bekas tahanan ISA, Yazid, 49, didakwa awal tahun ini dengan pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria.

Walaupun dia adalah antara tiga orang pertama yang akan ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang baru digubal, dia telah didakwa di bawah Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan.

Dia telah dibebaskan pada 20 Mei bersama-sama dengan Hilmi dan Halimah. mStar

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular