Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.
"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,"
Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.
Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.
"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.
"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.
Itu adalah kata-kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang dilaporkan oleh Bernama Jumaat lalu.. kononnya kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.
Bagaimanapun setelah pembohongannya itu disangkal oleh ADUN Seri Serdang dan Rafizi Ramli pula mendedahkan laporan Polis yang telah dibuat mengenai insiden Black-out di Kulim Ini pula dalihnya...
Tanpa sebarang rasa bersalah kerana telah memfitnah penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertugas pada hari pengundian itu.. beliau berkata..
“Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi.
“Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian ‘lampu padam’ di Parlimen Kulim Bandar Baharu, Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu.
“Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada 26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan laporan 24 jam yang diterima selepas hari pengundian.
“Sebarang kenyataan saya sebelum ini adalah berlandaskan laporan selepas hari pengundian berlaku, kita hubungi petugas kita, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan tiada laporan (lampu padam) diterima.
“Kalau bukan pada sumber ini, kepada siapa kita mahu percaya. Jadi bila ada laporan polis kita minta polis siasat,” katanya ~ Sinar Harian..
Sudah-sudahlah jangan nak spin dan perbodohkan rakyat lagi.. macai UMNO bolehlah diperbodohkan sebab mereka memang bodoh...
Letak jawatan adalah cara paling baik..
Timbalan Pengerusi SPR Menipu.. Gambar Blackout ini dirakam di Sek. Keb. Serdang di Saluran 3, 5 Mei lalu..
Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.
Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.
"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang. Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi.
Menurut Noor Hanim , gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.
"Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.
"Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.
"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.
Berikut adalah kenyataan medianya..
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR
Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.
Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.
Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3.
“Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.
Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.
Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.
Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.
Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.
Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.
Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.
Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.
SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.
YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434
Selain dari Serdang, Black out juga berlaku di Kulim.. Ini laporan Polis nya..
Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out) amatlah dikesali.
Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR.
Semalam, wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di dalam kawasan yang beliau tandingi.
Dengan kenyataan balas YB Noor Hanim Ismail itu, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar wajarlah mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Dato’ Wan Ahmad Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas.
Beliau mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar berlaku black-out di mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.
#siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.
Laporan menyebut:
“Pada 5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam bekalan elektrik puih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya.”
Dengan adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang mahu melihat laporan polis yang dibuat.
Kini, menjadi tanggungjawab beliau untuk menerangkan bagaimana kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan bekalan eletrik.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 MEI 2013
Masih nak menegakkan benang yang basah ke Wan Ahmad? - ASD
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment