RAKYAT ROMPIN, PAHANG NAIK ANGIN SATU BADAN SEBAB DAH LAMA SANGAT JENUH KENA ANGKUT AIR SEJAUH 4KM!!!!!!
ROMPIN - Penduduk Felda Selancar 2, 3 dan 4 berang sekali gus mengadakan protes di tepi Sungai Selancar, di sini kerana terputus bekalan air tanpa notis atau makluman sejak minggu lalu hingga menjejaskan rutin harian mereka.
Lebih menyedihkan apabila masalah yang berlaku sejak November 2012 itu masih tiada penyelesaian sehingga kini.
Peneroka Felda Selancar 2, Rosmi Dollah, 58, berkata, kini masalah air sudah berlarutan selama lima hari sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan sumber air untuk mandi dari Sungai Selancar kira-kira empat kilometer (km) dari sini.
Penduduk berisiko terkena jangkitan kuman
Menurutnya, masalah air yang berlarutan ini amat menyusahkan penduduk kerana mereka perlu mendapatkan sumber air di lokasi yang jauh serta diragui tahap kebersihannya.
“Bagi air untuk minum dan memasak pula, kami dapatkan dari perigi di ladang milik seorang peneroka di sini.
“Bila-bila masa sahaja kami berisiko terkena jangkitan kuman kerana terpaksa guna air yang kurang bersih tetapi nak buat macam mana, ini sahaja cara untuk kami dapatkan bekalan air,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Katanya, aduan sudah dikemukakan kepada pihak Pengurusan Air Pahang (Paip), bagaimanapun sehingga kini masih tiada lori tangki air dihantar ke sini bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan air.
“Kami ada nampak kakitangan Paip datang ke sini tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa kepada penduduk dan masalah ini juga tidak pernah selesai sehingga kini.
“Pihak Paip hanya hantar lori tangki air di Felda Selancar 5 sahaja, tetapi penduduk di Felda Selancar 2, 3 dan 4 tidak terima bekalan tersebut,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati Sungai Selancar kini bagai sebuah lokasi pesta air apabila masyarakat di sini ke sungai untuk mandi dan membasuh pakaian.
Perniagaan terjejas
Penduduk Felda Selancar 3, Sabri Saad, 41, berkata, operasi perniagaannya terpaksa ditutup dalam masa terdekat berikutan tiada bekalan air.
“Saya rasa betul-betul susah untuk berniaga bila tiada bekalan air seperti ini dan pendapatan perniagaan saya terjejas sejak minggu lepas.
“Inilah satu-satunya mata pencarian saya untuk tanggung perbelanjaan keluarga. Sekarang kedai saya masih beroperasi kerana ada baki air tangki simpanan, tetapi mungkin esok saya terpaksa tutup kedai,” katanya.
NEGERI PAHANG SIAPA PERINTAH EK??????.. NEGERI PAHANG BUKANKAH NEGERI NAJIB RAJAK KAN?????? - Omakkau
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment