Thursday, May 30, 2013

Gempaq!! Hartawan Di Sebalik Tabir Membantu BN Melarikan Diri?

Hartawan di sebalik tabir membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas.

Kongsi gelap tidak dapat baki ganjaran berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan..

Pulau Pinang - Seorang hartawan di sebalik tabir yang membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas, menyebabkan kumpulan sindiket perjudian dan kumpulan kungsi gelap yang menjalankan kegiatan menerima wang pertaruhan dan mengikat bendera tidak dapat baki ganjaran yang sepatut mereka terima , ini menyebabkan kumpulan berkenaan mula melaksanakan pencarian dan berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan.

Selepas Najib mengistiharkan pembubaran parlimen bulan Mac yang lalu , Pulau Pinang telah muncul satu kumpulan kewangan yang “membantu secara rahsia” untuk merampas kuasa pemerintahan Pulau Pinang, menurut pemberi maklumat, hartawan berkenaan telah menghubungkan kumpulan kewangan berkenaan dengan kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan ketua-ketua kongsi gelap.

Menurut pemberi maklumat, hartawan berkenaan pada masa itu meminta kumpulan sindiket perjudian meningkatkan kadar kemenangan pertaruhan sebanyak 18 hingga 20 kali ganda , ini membolehkan mereka menggunakan taktik “kalah duit pertaruhan” untuk meningkatkan perluang kemenangan BN di Pulau Pinang, pada masa yang sama kumpulan berkenaan “membiayai” ahli kongsi gelap untuk mengikat bendera 1 Malaysia di setiap jalan.

Menurut maklumat yang diberikan , hartawan berkenaan menyatakan bahawa kumpulan kewangan tersebut bersetuju membayar separuh ganjaran terlebih dahulu dan baki akan dibayar selepas PRU kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan geng-geng kongsi gelap, memandangkan ganjaran yang ditawarkan agak menarik , apatah lagi separuh ganjaran akan dibayar terlebih dahulu , maka ketua kumpulan dan geng-geng berkenaan menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh hartawan berkenaan .

Namun pada hari mengundi , kemenangan memihak kepada calon Pakatan Rakyat , kumpulan kewangan berkenaan telah memungkiri janji, tidak mahu memberi baki ganjaran kepada hartawan tersebut untuk diagihkan kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap, hartawan berkenaan khuatir akan tindakan yang akan diambil oleh kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap terhadap dia sendiri , maka hartawan berkenaan telah melarikan diri keluar dari Pulau Pinang sebelum keputusan diumumkan.

Menurut maklumat , kini kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap tengah mengesan hartawan berkenaan , tetapi sehingga kini mereka masih tidak dapat mengesan hartawan berkenaan.

Sumber: http://www.kwongwah.com.my/news/2013/05/28/9.html
via - sini

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular