NAJIB ADA NAMA BARU 2T .....MACAM MINYAK PELINCIR....
Najib cuma layak pimpin ‘Kerajaan 2T’
Kerajaan Umno BN bukan sahaja kerajaan minoriti tetapi kerajaan 2T iaitu kerajaan tiru dan tipu, kata Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar.
“Sebelum pilihan raya, tanpa rasa malu sedikit pun, BN meniru manifesto Pakatan Rakyat semata mata kerana hendak menipu rakyat supaya menyokong parti itu.
“Dalam pilihan raya pula, laporan demi laporan polis dikemukakan mendedahkan penipuan dalam pilihan raya yang memberikan kerusi yang lebih banyak kepada kerajaan minoriti UmnoBN itu.
“Sebab itulah kerajaan pimpinan (Dato’ Seri) Najib (Tun Razak) adalah kerajaan 2T,” katanya.
Mahfuz yakin, imej kerajaan tipu pilihan raya tidak akan lekang dari kerajaan UmnoBN yang hanya mendapat kirakira 47 peratus undi popular sahaja.
“Imej kerajaan tipu pilihan raya bukan sahaja akan terus melekat kepada kerajaan 47 peratus pimpinan Presiden Umno, tetapi tanggapan tipu pilihan raya itu akan semakin tersebar sehingga tertanam dalam pemikiran semua rakyat.
“Bila sebut kerajaan UmnoBN, bila sebut kerajaan Najib, majoriti rakyat akan terus kata ‘oh, kerajaan tipu pilihan raya’,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment