KUALA LUMPUR, 29 MEI: Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.
Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.
“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.
Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.
“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.
Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.
“Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain,” jelasnya.-Roketkini
DAP: BN cuma turun harga kereta selepas PRU14
mk - 12:14PM Mei 29 2013
Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua meramalkan BN akan hanya akan memenuhi janji mereka untuk mengurangkan harga kereta selepas pilihan raya umum ke-14.
Katanya, ramalan itu adalah berdasarkan pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed semalam, bahawa harga kereta hanya akan turun dalam masa lima tahun lagi.
Beliau mendakwa, kenyataan Mustapa itu tidak menjelaskan perkara sebenar.
"Sebenarnya, kerajaan BN memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh berhenti bermimpi untuk memiliki harga kereta yang murah dalam masa lima tahun akan datang kerana harga kereta cuma akan turun selepas PRU ke-14," katanya dalam satu kenyataan.
Mustapa semalam mengumumkan kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.
Jelasnya, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun seperti digariskan dalam manifesto mereka.
Janji berkenaan turut ditegaskan sekali lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi tulisan di Twitter semalam.
Pua seterusnya membidas kenyataan Mustapa bahawa pengurangan itu akan dibuat mengikut harga pasaran apabila terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di kalangan pemain industri automotif
"Kuasa pasaran apa yang diperkatakan ini, sedangkan sebab sebenar harga kereta di Malaysia jauh lebih mahal daripada adalah kerana cukai dan perlindungan kerajaan ke atas syarikat kenderaan tempatan yang tidak cekap," katanya.
Jelasnya, alasan tersebut tidak boleh diguna pakai kerana kuasa pasaran yang sama juga gagal menurunkan harga kereta dalam masa 20 tahun sebelum ini.
Beliau turut membidas dakwaan Mustapa bahawa pengurangan duti eksais dan harga kereta akan menyebabkan golongan pekerja dalam industri tersebut kehilangan mata pencarian.
Pua menjelaskan, pengurangan cukai tidak mengurangkan keuntungan pembuat kereta dan dan pengurangan duti eksais yang dicadangkan Pakatan Rakyat juga dicadangkan secara berperingkat.
Menurutnya lagi, pengurangan harga kereta sebanyak empat dan lima peratus setahun itu juga memberikan kesan yang terhad ke atas penurunan harga pasaran kereta terpakai.
Harga Kereta Turun 20%-30% Dalam 5 Tahun Menjelang Pilihanraya Umum ke 14!
Kalau Pakatan Rakyat mengatakan manifesto bukan janji tetapi Barisan Nasional telah pun membuat akujanji untuk melaksanakan semua janji-janji mereka sebelum Pilihanraya Umum ke 13.
Dan sekarang kalangan rakyat Malaysia masih ternanti-nanti apa dasar dan perancangan seterusnya daripada pihak kerajaan mengenai penurunan harga kereta. Bagaimana? Bila? 1 tahun? 2 tahun atau………..
Jikalau sesuatu dasar untuk menjurus ke arah kenaikan dan perolehan tambahan pendapatan negara, dilihat begitu pantas sekali tindakannya.
VS
Tetapi jikalau sesuatu dasar itu begitu dekat dengan rakyat di mana bakal membantu kalangan rakyat Malaysia meringankan beban kos sara hidup setiap hari di Malaysia agak “sukar” sekali untuk melaksanakan secara drastik walaupun pada kadar yang minimal.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, dan akhirnya rakyat Malaysia telah mendapat jawapannya. Yang mana dalam tempoh 5 tahun daripada sekarang harga kereta akan diturunkan sekitar 20% – 30% seperti yang berlaku sekarang
Harga Kereta Turun 20%-30% Menjalang 2017
The government will gradually reduce car prices by 20 to 30 percent in five years’ time, as promised in BN’s general election manifesto, said International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed.“Car prices will not be reduced in one shot,” he said when delivering his speech at the ministry’s monthly assembly today.He said that prices will be reduced in accordance to the market force, and the move is expected to enhance the competitiveness and productivity of industry players. Even though realising that reducing excise duty would also directly reduce the car prices, the minister said the government would not resort to such method as the excise duty contributes up to RM7 billion in revenue to the country.He warned that reducing excise duty and car prices in one go would have a serious impact on the industry, which offered 200,000 job opportunities and could further cause closure of businesses. Mustapa added that it would be difficult to sell new cars as the prices of second-hand cars would also dropped.“In life, we must balance (in each measure), you can’t resolve one problem, making the consumer happy, but create a new problem, where unemployment (might occur),” he said.
Ha……ada tetapinya. Kami tertarik dengan petikan pandangan daripada Menteri Perdagangan & Industri, Datuk Mustafa Mohamad :
- Kerajaan begitu sayang sekali untuk kehilangan banyak pendapatan yang diperolehi setakat ini setiap tahun iaitu sekitar RM7 bilion
- Jadi mereka (kerajaan Malaysia) tidak akan sesekali mengurangkan harga kereta dnegan cara mengurangkan duti eksais
- Nampak? Tidak mahu mengurangkan duti eksais tetapi tidak mahu mengurangkan duti eksais yang belegar sekitar 65%-105%
Bagaimana caranya?
- Turunkan margin keuntungan “dealer”?
- Lebih baik spesifikasi kereta & kualiti dikurangkan?
- Kadar faedah pinjaman bank dinaikkan? Dan tempoh pinjaman dipendekkan menjadikan had maksimum berlegar di paras 7 tahun sahaja?
- Ada nak tambah lagi?
Dan soalan terakhir daripada model apakah yang akan menerima tempias penurunan harga kereta? Adakah kesemua model? Ataupun segelitir kecil sahaja? Yang mana satu?
Harapan kami, dalam masa terdekat ini, untuk permulaan turun harga kereta pada kadar 5%-10% dahulu. Bukan tidak boleh. Ini semua di bawah kuasa kerajaan pusat.
“Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Kemudian pada tahun 2015 turun lagi 10% dan menjelang tahun 2017 turun lagi 10% Barulah nampak proses dan kesungguhan untuk menurunkan harga kereta. Bukan tidak boleh. Negara kita Malaysia bukanlah miskin benar, sehingga begitu berat hati untuk melepaskan RM1 bilion – RM2 bilion dengan kehilangan pendapatan cukai keretatetapi dalam pada masa yang sama beban kos rakyat Malaysia dapat dikurangkan. Pendapatan hasil minyak dan kepala sawit sahaja setahun mencecah RM150 bilion. Belum campur cukai korporat dan lain-lain. Tidak cukup?
30% penurunan cukai pun masih ada lagi baki cukai sekitar 35%-75%. Masih tidak cukup? Yang kenakan cukai sehingga 100% cukai kereta sebelum ini siapa yang laksanakan? Mengapa? Kesan kepada rakyat Malaysia & juga kepada industri kereta terpakai tidak pula dikaji pada ketika itu?
Andaikata diturunkan pada tahun-tahun akan datang pun kena hadapi impak yang sama bukan? Jadi apa bezanya? - Berita Semasa
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment