Friday, May 31, 2013

PANAS KEM MUHYUDDIN ISYTIHAR PERANG...TERHADAP KETUA UMUM UMNO?


Bila Muhyiddin kritikal, Zam dan Daim serang Najib.. 
KUALA LUMPUR: Setelah terkena patukan kalajengking Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendapat nafas baru apabila bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin melancarkan serangan pada bosnya Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa Muhyiddin sememangnya sudah terasa diri tidak selamat sebagai Timbalan Presiden Umno ekoran tikaman Mahathir baru-baru ini yang menyatakan Najib bakal terselamat kerana tiada alternatif di dalam Umno yang boleh menggantikannya.

“Muhyiddin kini terasa Najib sudah mendapat Mahathir di tangannya selepas anaknya Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Dan beliau dibiarkan terkapai-kapai. Jika dibandingkan dengan waktu Tun Abdullah Badawi, apa yang Mahathir kata kat Najib umpama mencubit pipi sahaja,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata ada yang memujuk Muhyiddin untuk melupakan hasrat mencabar Najib dan menjadi pembantu yang setia.

“Tapi selepas melihat keputusan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Muhyiddin, beliau terasa langkah membunuh kareer politiknya telah bermula,” terang sumber Umno lagi.

Harakahdaily bertanya mengapa, sedangkan mendapat amanah menjaga SPR itu dikira satu penghormatan.

“Sekarang rakyat paling marah kat SPR. SPR umpama batu mendidih tetiba dibuang ke tapak tangan Muhyiddin. Sudah tentu melecur tangan Muhyiddin nanti,” terang beliau.

Semalam, melalui blognya, Zainuddin menyerang Najib dan pakar strategisnya atas kempen ‘I love PM’. Beliau melabelkan Najib sebagai seorang imitator (peniru).

Daim pula menyalahkan Najib kerana terlalu mengharapkan populariti peribadinya bagi membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua per tiga kerusi Parlimen yang hilang pada tahun 2008.

"Ini adalah pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden. Penasihat PM harus dipecat. Jika anda kaitkan undi BN sebagai undi untuk Najib, maka keputusan BN yang lemah juga akan memberi kesan kepadanya.

"Memilih kerajaan adalah perkara yang serius, jadi tinggalkan penasihat badut ini dan jangan ikut permainannya," kata Daim.

Sumber Umno berkata serangan Zainuddin dan Daim adalah pelega buat Muhyiddin selepas racun Mahathir.

“Perkasa dah menyerang idea menukar BN kepada parti 1Malaysia sehingga melabelkan sesiapa yang membuang Umno sebagai pengkhianat.

"Jika BN berjaya ditukar ke parti 1Malaysia, iaitu slogan Najib, maksudnya hasrat Muhyiddin menjadi perdana menteri akan mati tidak berkubur.

"Muhyiddin akan melawan idea ini habis-habisan. Cadangan idea parti 1Malaysia hanya untuk mengukuhkan Najib seorang saja, Muhyiddin akan terkorban. Muhyiddin tak pernah tunjuk beliau pernah sokong 1Malaysia dengan ikhlas,” kata sumber Umno.

Tambahnya, perang dah mula.

"Pasukan Muhyiddin sedang mendesak supaya diawalkan pemilihan Umno ke Ogos supaya Najib tidak dapat menyediakan pertahanannya.

"Selepas ini, akan timbul serangan pada Rosmah yang dilihat seperti Ketua Umum Umno yang tidak berjawatan tapi berkuasa penuh.

"Jangan hairan jika Deepak muncul lagi sebelum perhimpunan agong Umno dengan senapang yang baru,” kata beliau sambil tergelak. - Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

1 comment:

ishak malek said...

HARAMKAH DAILY...NO WONDER LA...SETELAH GAGAL MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM...PERHATIAN DIALIHKAN KEPADA USAHA MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN UMNO...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular