Thursday, May 30, 2013

Gempaq!! Zambry Kadir Akan Bubar DUN?

Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga petisyen dari PR Perak yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi, DS Zambry Kadir mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.

Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.

UMNO sekali lagi mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka. - ADDIN


ADUN BN PERAK NAK LOMPAT PARTI?? Kenyataan Media (29 Mei 2013)
ADUN LOMPAT: PR MESTI SERAH KEPADA RAKYAT
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat khabar angin yang dikatakan bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Perak akan 'melompat parti' dan kejatuhan Kerajaan Negeri BN Perak amat serius sama sekali.


Bagi kami peristiwa yang pernah berlaku seawal Februari 2009 semasa rampasan kuasa jahat oleh BN yang telah menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Perak perlu diambil sebagai pengajaran yang amat berguna.

Pertamanya kami tegaskan, kami tidak bersetuju sama sekali jika benar ada ADUN BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan negeri di Perak. Kami berharap kepimpinan PR tidak mengulangi 'kemarahan rakyat' ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama. Keduanya bagi kami, jika ketidakpuasan hati ADUN BN terhadap kepimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir adalah masalah diantara mereka dan tiada kaitan dengan PR sama sekali.

Walaupun pelbagai cerita yang dimaklumkan beberapa janji Datuk Seri Zambry yang akan melantik EXCO mengikut daerah tetapi hasilnya dilihat gagal antaranya Daerah Kerian dan Kuala Kangsar serta termasuk beberapa ADUN yang lebih 'senior' masih juga tidak dilantik. Ini tidak termasuk Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Kawasan Bota yang pernah dijanjikan EXCO oleh Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali dahulu yang pernah dikatakan merajuk dan keluar parti dahulu masih juga tidak dilantik.

Tetapi bagi kami, jika benar beberapa orang ADUN BN yang ingin melompat, sepatutnya dikembalikan kepada rakyat iaitu memberikan usul tidak percaya kepada Datuk Seri Zambry dan seterusnya membubarkan DUN Perak bagi diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Negeri Perak. Inilah cara yang terbaik dan sewajarnya kepada ADUN BN yang menolak kepimpinan Datuk Seri Zambry dan peluang rakyat memilih kembali PR untuk memerintah Perak!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular