Aku dok rasa sebenarnya Harussani tak dengar pun ucapan Anwar tu. Mungkin dia cuma dengar apa yang penchachai Umno bagitau kat dia. Kalau dia dengar ucapan Anwar tu aku berani kata sebenarnya Harussani yang JAHIL MURAKKAB.
BHarian melaporkan:
Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai jahil murakkab apabila menyindir golongan agama yang memetik ayat suci al-Quran berhubung keperluan rakyat taat kepada pemimpin dengan menggelar mereka sebagai ‘Ustaz UMNO’ bodoh.
Sambil meminta Ketua Umum PKR itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata gelaran jahil murakkab bermaksud orang jahil tidak tahu dia jahil, sesuai dengan Anwar yang tidak tahu apa diperkatakannya. - Bharian.
Secara mudahnya aku lebih percaya Anwar dari 'Ustaz Umno' dan sungguh aku langsung takdak masalah kalau ada yang berani kata 'Ustaz Umno BODOH.
Aku yakin percaya perkataan bodoh tu tak bermaksud bodoh dari segi istilah, kalau depa tu betul-betul bodoh takkan depa tu dipanggil Ustaz. Paling kurang pun ada sikit kepandaian yang membolehkan depa ada sikit sebanyak ilmu dalam bab agama sampai depa tu dipanggil Ustaz.
Malah aku langsung tak heran kalau ada yang termasuk dalam golongan yang Anwar kata bodoh tu dari kalangan Ustaz Umno yang ada kelulusan Phd sekali pun. Dari sudut istilahnya tentu depa tu tak bodoh, kalau bodoh takkan boleh dapat Phd.
Tentulah perkataan bodoh tu dari sudut persepsi. Takkan tak boleh dikatakan bodoh kalau benda yang mudah pun tak boleh faham.
Harussani pun kata Anwar jahil murakkab bukan jahil dari segi istilah tapi dari segi persepsi.
Keyword yang sampai Harussani kata Anwar jahil murakkab tu pasai Anwar pertikai ayat suci al-Quran dan hadis Nabi yang sahih.
Bharian juga melaporkan:
“Hadis itu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa juga kerana ia diriwayatkan dan disepakati sahihnya oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
“Tak payah nak mengata ustaz, Anwar sendiri adalah orang yang jahil murakkab, jahil berganda, dia tak tahu apa-apa. Saya harap Anwar bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,” katanya kepada BH.
Anwar membuat sindiran itu ketika berceramah di Bukit Katil, Melaka turut mendakwa tindakan mentaati kerajaan yang sah sebagai cubaan menegakkan penipuan, malah beliau dilaporkan meminta golongan agama kembali ke sekolah agama untuk mendalami Islam. - Ibid.
Ok, untuk berlaku adil hangpa tengok sendiri video kat bawah ni, rakaman ceramah Anwar di Bukit Katil tu.
Kalau malas nak tengok semua boleh terus ke minit 12:34 hingga 12:51. Bagi yang malas langsung nak tengok video kat atas ni mungkin pasai nak jimat broadband bandwith, aku tolong salin apa yang Anwar kata tu.
"Ada sorang Ustaz Umno dia kata "Kita mestilah taat kerajaan yang sah." Taat apa? Kamu ustaz mengaji mana suruh belajar dan sahkan penipuan. Belajar semula, masuk sekolah agama balik. Bodoh!"
Takat tu ja yang Anwar kata. Video yang dekat setengah jam tu Harussani cuma ulas apa yang Anwar kata lebih kurang 17 saat saja.
Pulak tu, dari apa yang aku dengar, takdak langsung Anwar mempertikaikan ayat suci Al-Quran dan hadis Nabi yang sahih. Yang Anwar pertikai macamana 'Ustaz Umno' tu boleh kata kerajaan yang sah sedangkan Anwar kata kerajaan yang ada sekarang ni menang dengan cara menipu.
Aku dok rasa sebenarnya Harussani tak dengar pun ucapan Anwar tu. Mungkin dia cuma dengar apa yang penchachai Umno bagitau kat dia.
Kalau dia dengar ucapan Anwar tu aku berani kata sebenarnya Harussani yang JAHIL MURAKKAB. Aku tak berani nak kata Harussani jahil murakkan tu dari segi istilah pasainya aku memang tak layak nak kata macam tu. Lagi pun takkan kut orang yang jahil murakkab boleh jadi tok mufti. Tapi dari segi persepsinya memang aku berani kata MUFTI PERAK TU MEMANG JAHIL MURAKKAB
Kalau macam tu punya jelas bukti yang Anwar sebut tak patut sangat Harussani percaya yang Umno BN menang dengan cara yang sah. Paling kurang pun tunggu dulu la sampai habih semua petisyen yang akan Pakatan Rakyat buat tu selesai dibicara di mahkamah.
Kalau petisyen pun kalah relevan la jugak kalau Harussani kata kemenangan Umno BN tu sah dan bebas dari penipuan walaupun bagi aku menang atau kalah petisyen tu lebih bergantung kepada tara mana hakim yang kendalikan petisyan-petisyen tu berani untuk beraksi bebas lagi telus dan berpihak kepada kebenaran yang logik.
Baca Lagi : SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment