"Pemilik akaun FB, Cucu Nabi berjaya ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan.
Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Membaca apa yang ditulis oleh Cucu Nabi dari Kemaman Terengganu ini rupa-rupanya peminat Umno. Dia begitu marah sehingga menghina Sultan Mizan seperti di atas kerana tidak bersuara tentang perhimpunan Blackout 505 di Terengganu sebelum ini.
Ini juga bukti dia peminat tegar Umno…
Lelaki hina sultan ditahan
KUALA TERENGGANU - Lelaki yang ditangkap polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam laman sosial Facebook, semalam, disahkan berasal dari negeri ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang mengesahkannya berkata, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an ditangkap di satu lokasi di Terengganu untuk bantu siasatan kes itu.
Jailani yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Manir/Belara ke-34 2013, bagaimanapun enggan mengulas lanjut maklumat terperinci mengenai suspek, sebaliknya menyerahkannya kepada pihak polis.
Lelaki terbabit yang menggunakan profil ‘cucu nabi’ dikatakan mengeluarkan kata-kata mencela sultan dan tindakannya itu dikesan seorang pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di Besut sebelum membuat laporan polis.
Jailani seterusnya menegaskan, sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan perbuatan serupa menerusi laman sosial atau internet.
“Undang-undang tidak membezakan sesiapa saja, tidak kira sama ada di dalam (rakyat tempatan) atau luar negara, sesiapa saja yang terlibat akan dikenakan tindakan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat pemantauan bagi memastikan perbuatan menyalahgunakan saluran multimedia dan internet tidak terus berulang.SH
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment