Friday, May 31, 2013

Semua Exco S'gor akan isytihar harta


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan akan meneruskan amalan mengisytiharkan harta terhadap semua barisan exco yang baru dilantik.

Katanya, ianya juga termasuk penambahan aset semasa exco tersebut selepas ini juga akan diisytiharkan.

"Tahun lepas kita sudah ada apa yang dikatakan sebagai pengisytiharan yang mana kita akan teruskan cara yang telah kita buat dahulu.

"Jadi setiap penambahan aset semasa exco itu bertugas juga akan dilaporkan, termasuk exco yang lama. Exco lama dan baru," katanya pada sidang media selepas istiadat mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Menurut Khalid, pengisytiharan harta itu akan dibuat sebelum sidang Dun yang pertama bermula pada 28 Jun depan.
Exco Selangor
Seramai 10 anggota Exco Selangor mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini iaitu empat dari PAS, tiga PKR dan tiga DAP.

Mereka adalah Iskandar Abdul Samad (Cempaka), Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Dr. Halimah Ali (Selat Klang) dan Sallehen Mukhyi (Sabak) dari PAS.

Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Ganapathi Rao a/l Veraman (Kota Alam Shah) dan Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang) dari DAP.

Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr. Daroyah Alwi (Sementa) dan Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dari PKR.

Berikut merupakan bidang kuasa dan portfolio yang dipertanggungjawabkan untuk sesi pentadbiran tahun 2013-2018:

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Iskandar Abdul Samad – Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peeroka Bandar.

Dr Ahmad Yunus Hairi – Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dr Halimah Ali – Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Sallehin Mukhyi – Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.

Ean Yong Hian Wah – Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram.

Ganabathi Rao Veraman – Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Datuk Teng Chang Khim – Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Dr Rodziah Ismail – Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita.

Dr Daroyah Alwi – Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Elizabeth Wong Keat Ping – Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

Hannah Yeoh – Speaker Dewan Negeri Selangor.

Nik Nazmi Nik Ahmad – Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular