RUPANYA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA DISITA DAN DIUSIR KERANA PERMINTAAN UMNO SENDIRI!!
Sekarang ni kecoh pasal peniaga Uptown yang marah apabila mereka dihalang berniaga pada setiap hari isnin dan selasa..
Terbaru, beberapa barang peniaga di Uptown Danau Kota ini telah di sita kerana masih lagi meneruskan perniagaan mereka di kawasan tersebut pada hari isnin dan selasa..
Mereka masih meneruskan perniagaan pada hari isnin dan selasa kerana mendakwa mereka mengalami kerugian besar sekiranya 2 hari dalam seminggu tidak dapat berniaga..
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdulla,individu yang cuba membodek UMNO dengan membuka gerai di hadapan kediaman Ambiga tidak berapa lama dulu berada di lokasi ketika penyitaan dilakukan..
Dan beliau dengan marah menanyakan "Dimana pemimpin-pemimpin Melayu..?"
beliau mempersalahkan pemimpin melayu tidak menolong melayu sambil menanyakan mana hak-hak orang melayu..
Cumanya...
Adakah dia tahu bahawa penutupan hari isnin dan selasa dan seterusnya akan membawa kepada pemindahan seluruh Uptown Danau Kota ini ke satu tempat yang lain adalah di atas permintaan UMNO sendiri..?
Ini diakui sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan,Raja Nong Chik seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia ini..
Perkara ini juga turut dikongsi oleh Raja Nong Chik di dalam blog beliau..
Jadi kalau para peniaga yang membantah penutupan Uptown pada hari isnin dan selasa tu nak marah.. maka korang marahkan lah UMNO...
Kalau korang marah Uptown Danau Kota tu akan dipindahkan ke tempat lain suatau hari nanti,korang marahkan UMNO jugak..
Kerana permintaan untuk supaya Uptown Danau Kota itu dipindahkan adalah datangnya dari UMNO sendiri...
UMNO pejuang melayu bawahan..?
kah..kah..kah...
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment