Sunday, November 25, 2012

Naik la sapa pun jadi pemerintah, asaikan depa bukan Umno


Aduhai Juak UMNO..Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai.. Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...!!!

Pas tolak Anwar...
Salam semua...

Mengampu neh kira-kira tu, satu cara cari makan yang cukup popular lar. Tapi maap la, Pak Long tak dan nak mengaji maqam populariti yang ada kat ampu-mengampu neh. Tapi Pak Long nak pesan la kat para pengampu tak kira la dok belah mana, nak mengampu pun jangan sampai merapu. Nak jek kereta pun agak-agak boleh tukaq tayar dah laa... Mengkalu jek terlebih sampai terkalih kereta, tu nak perlingkup namanya...

Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai... Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...

Dua hari lepaih kot Pak Long terjumpak satu tulisan mamat mana tah dalam sinar. Sedap tulisan dia, tapi tu la... bagi Pak Long, dia neh terlebih ampu sampai dah keperingkat merapu. Dia terlupa satu dari rukun ampu, AMPU tak semestinya kena menipu...

Dia kata Pas tolak Anwar jadi PM. Ok, tak dak masaalah kalau betoi... Tapi masa muktamar Pas baru-baru neh, tak dak pun ketetapan yang depa buat pasai isu tuh... Ianya cuma satu usul dari Dewan Ulamak Pas ja. Depa mau hj Hadi jadi PM pun bukan bermaksud Pas tolak Anwar. Serupa la jugak kalau puak PKR mahu Anwar jadi PM, tak bermaksud PKR tak suka hj Hadi.

Pak Long ngan Mak Long hang ni tak berapa nak ambik peduli sangat bab-bab neh... Sapa naik jadi PM nanti pun, Pak Long dok kena sorang-sorang tarik lembu pi padang gak... Mak Long hang tetap kena meloko jahit baju jugak. Tapi Pak Long pasti, kami sokong tak kira parti... Naik la sapa pun jadi pemerintah, asaikan depa bukan Umno ja... Naik la sapa pun jadi PM, asaikan Islam dan bekerja ikut Al-Quran dan sunnah. Pak Long ngan Mak Long hang teringin sangat nak tengok, sebelum pejam mata neh... Islam terletak berdaulat ditempatnya. Islam memerintah, bukan diperintah...

Lagi pun, parti kalau tak sokong pemimpin depa untuk naik, nak harap sapa sokong? Mampuih keraih la mengkalu nak harapkan Umno sokong... haha...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular