Saturday, December 1, 2012

PRU13 : Benarkah mereka akan mencetuskan keadaan darurat? - Analisa Dari King Of Goblok


Apakah yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13? Apa kaitanya dengan kenyataan Shahrizat ??

Sebelum gua cerita lanjut tentang isu ini,sila baca dulu pencerahan untuk korang faham apa dia unit Komando 69 dan Unit Tindakan Khas sebab mereka ni ada kaitan dalam cerita yang seterusnya.

Kedua dua unit ini bukan di bawah kuasa Ketua Polis Negara. [IGP] Ianya dibawah kuasa Yang di Pertuan Agung Negara. Semasa tempoh pembubaran parlimen.Kerajaan sudah di gantung untuk di tentukan kerajaan baru yang di pilih rakyat.Namun keenganan UMNO untuk menerima kekalahan ini memaksa 2 unit ini untuk membuat latihan dari sekarang dan habis pada bulan April tahun depan.[2013].

Apa dia unit Komando 69?
Bukan calang orang yang pakai cap ini.

Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar. Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi celah jari jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.
Komando 69 telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya.

Nama Komando 69 ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.

Kini BN telah memperkudakan unit ini dengan meletakkan kemaraan Pakatan Rakyat sebagai ancaman baru kepada negara.Tugas khusus unit ini adalah untuk mengambil aleh negara dan di serah kepada yang di Pertuan Agung akibat negara huru hara. Siapakah yang menghuru harakan negara? tugas ini di berikan kepada Unit Tindakan Khas. Ingat tak lagi tragedy BERSIH 3.0? mengapa tv3/RTM dok ulang2 kejadian kereta terbalik,rempuhan sekatan? Semua ni adalah perancangan UTK untuk melebelkan BERSIH ini KOTOR. Kenali unit UTK dengan lebih dekat.

Apa dia Unit Tindakan Khas ?
UTK
Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di fasiliti latihan.
Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di fasiliti latihan.

Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas Komando 69. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. 

Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana Komando 69, Unit Tindakan Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

untuk kenal detail rujuk blog gua yang lepas di [sini]

Sudah faham tugas tugas 2 unit ini? mari kita pergi kepada tajuk asal iaitu,apa yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 .

Benarkah mereka akan mencetuskan keadaan darurat? ini persoalan.

Untuk pengetahuan.. sekarang ini.2 unit penting ini sedang menjalani LATIHAN KHAS PRU13 .kenapa dan apa kaitan unit ni untuk pru? untuk memahami mengapa dan bagaimana,mari baca seterusnya.

Najib / Muhyidin [sekiranya Muhyidin berjaya singkirkan Najib dari jwatan PM ] akan bubar parlimen selepas bulan 4,lebih tepat hujung bulan 4,sebaik sahaja 2 unit ini habis menjalani latihan khas PRU pada awal bulan 4..

Apa faktor yang mengukuhkan dakwaan ini?

Faktornya jelas. SEKIRANYA PR menang PRU13 maka akan ada siri2 rusuhan yang berlaku hasil dari salah satu unit yang sedang menjalani latihan ini.Untuk merialisasikan keadaan DARURAT,maka situasi dan persepsi di cetus bermula dari PAU Persidangan agung Umno.Cuba lihat bukti bukti yang telah berlaku di PWTC.

1 ] Shahrizat Jalil memberi HINT 13 Mei akan berlaku sekiranya PR menang PRU.
Shahrizat mengatakan 13 Mei akan berulang sekiranya PR menang !

Faham tak maksud di sebalik kenyataan Shahrizat?
Shahrizat turut menekankan lima halangan utama Umno yang perlu diperbaiki menjelang pilihan raya mendatang termasuk pertembungan dengan musuh utama PAS pengundi muda dan memastikan kaum Melayu terus memegang kuasa Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa maka kestabilan politik negara akan goyang Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang “Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969 kata Shahrizat.

Siapa lagi membayangkan akan berlaku rusuhan selepas PR menang PRU13?

2] Mahathir memperkatakan negara akan huru Hara [jika PR kalah]
KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad adalah betul untuk memberi amaran tentang huru-hara yang bakal berlaku jika Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata pemimpin Umno yang bersetuju dengan bekas perdana menteri (PM) itu bahawa parti pembangkang mempunyai kegemaran untuk menganjurkan demonstrasi jalanan untuk menuntut apa yang mereka mahukan.

Pemimpin yang ditemui di luar perhimpunan agung tahunan Umno 66 di sini dan di Parlimen juga bersetuju bahawa demokrasi mesti mempunyai had kerana ia boleh membawa kepada keganasan jika disalahgunakan. Namun begitu, ramai pegawai parti pemerintah itu akan mempunyai masalah untuk “menjual” idea ini kepada rakyat Malaysia yang kini melihat banyak masalah dan keganasan disebabkan oleh kumpulan sayap kanan Melayu, Perkasa dan kumpulan-kumpulan yang dikaitkan dengan parti pemerintah.

“Demokrasi perlu dikawal, mesti perlu ada had. Kalau mereka terlalu bebas dan tidak ada had, ia akan beri risiko kepada negara kerana ia boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak diingini,” kata ahli parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri kepada The Malaysian Insider apabila ditemui di Parlimen.

Mahathir membayangkan jika PR Kalah... cara biasa Mahathir untuk menakutkan orang melayu untuk undi PR..siapa lagi yang menakutkan rakyat?Muhyidin Yassin.. lihat grafik di bawah,petikan PAU 2012 .

3] Muhyidin Yassin juga memperkatakan kejadian 13 Mei dan negara akan huru hara jika PR menang PRU
Gua tak mahu ulas lanjut pasal 13 mei ker haper.. gua nak highlight... PRU AKAN DI PANGGIL selepas unit unit UTK dan comando 69 habis latihan pada awal bulan 4 kemudian baca keterangan "sikap ahli Umno sebahagiannya sudah sedar, disember ke, januari, februari atau mac kita sudah bersedia atau seperti kata presiden tadi mungkin hujung bulan empat, dari segi parti kita memang bersedia, tak perlulah media nak berteka-teki lagi,"

mungkin hujung bulan 4 !! bermakna sah lagi soheh PRU hanya akan di panggil bulan 4 selepas polis2 ni habis latihan "menangani DARURAT"

PRU 13.. JIKA PR menang... akan ada huru hara... Sapa kata?  .. Baca Selanjutnya Di SINI

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular