Monday, November 26, 2012

Aduuuh!! Dah Berkali alami kenaikan tapi tak setel jugak.. cakap je nak naikkan harga lagi RON95 ke RM2.72 seliter!!!!

Harga minyak murah punca penyeludupan berlaku, kata Rohani
KUALA LUMPUR - Harga petrol dan diesel yang lebih murah berbanding di negara jiran adalah punca utama berlakunya aktiviti penyeludupan di mana pihak yang tidak bertanggungjawab mampu mengaut keuntungan begitu mewah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, walaupun kerajaan menghapuskan subsidi, harga minyak di negara ini masih murah sehingga membawa kepada aktiviti penyeludupan bahan tersebut termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Bagi RON95 di Malaysia, harga subsidi petrol di negara ini adalah RM1.90 seliter manakala di Thailand RM4.85 seliter. Diesel pula adalah RM1.80 seliter dan di Thailand RM3 seliter.

"Daripada perbezaan harga itu, menunjukkan memang mewah dan berbaloi untuk membuat ketirisan atau penyeludupan.

"Katalah jika kita hapuskan subisidi, harga RON95 tanpa subsidi jadi RM2.72 seliter manakala diesel pula RM2.75 seliter. Ini masih lagi murah," kata Rohani ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau).

Ismail ingin tahu mengenai keupayaan pegawai penguatkuasa kementerian berkaitan menangani masalah penyeludupan bahan subsidi seperti diesel dan petrol.

Rohani berkata, kementerian bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasa lain seperti Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memantau kegiatan penyeludupan.

Katanya, sehingga 31 Oktober lepas, terdapat 601 kes rampasan petrol dan diesel di sempadan membabitkan nilai hampir RM5 juta berbanding tahun lepas 812 kes rampasan minyak dan diesel dengan nilai mencecah RM3 juta.- Bernama

PERBANDINGAN DENGAN NEGARA JIRAN;
A. Thailand
Jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas subsidi petrol dihapuskan sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.

Akan tetapi, di Thailand, rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Fakta: Jumlah tol yang kena bayar untuk memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam. Harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4!

Di Malaysia? Harga tol dari UPM ke Senawang pun dah cecah RM6.80! Baru sahaja 40 minit dan bukannya 8 jam.

Jika kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya.

Harga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.

B. Singapura
Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita.

Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada "pilihan". Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar "flip-flop" kerajaan kita sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh - penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

NEGARA SUKA MEM'BODOH'KAN RAKYAT 
Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia .

Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat, Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.

P/S : Lantik kakitangan awam banteras penyeludupan = bayar guna wang pembayar cukai = kakitangan awam tak boleh buat kerja = rakyat malaysia tanggung akibat = kena beli petrol dengan mahal disebabkan kegagalan mereka menjalankan tugas.

Tak ke BODOH PIANG nama nya tue?


kah kah kah


Woittt ko berhentikan aje seme kakitangan yang terlibat dalam operasi cegah penyeludupan. Duit pembayar cukai tu ko beli rumput bagi lembu makan pun ada faedahnya weh. 


Petikan dan Suntingan dari Amenoworld

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular