Monday, November 26, 2012

Kantoi!! Hishamuddin Halang 2 Peguam Rasuah Scorpene Masuk Ke Malaysiai!

Taklimat skandal rasuah scorpene yang menggemparkan malaysia dan dunia kerana melibatkan pembunuhan seorang model monggolia oleh dua peguam Perancis iaitu William Bourdan dan Joseph Breham akan diadakan esok di singapura,
mereka berdua tidak dapat masuk ke malaysia dan taklimat akan dibuat di Singapura kerana umum tahu bahawa negara singapura mengamalkan demokrasi yang sejahtera lagi di contohi, kenyataan akan di buat dalam masa terdekat mengenai situasi yang sungguh menggemparkan pemimpin pemimpin Barisan Nasional,

pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia atau Suaram, Cynthia Gabriel berkata “ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok, kemasukan dua peguam terbabit dihalang oleh menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein dan speaker dewan rakyat dari Umno, Pandikar Amin Mulia.

akhirnya sampai juga dua orang peguam perancis ini, tidak dapat masuk ke kuala lumpur mereka ke singapura kerana umum tahu malaysia hanya mengamalkan demokrasi 'terpimpin' saja,

jika ia menguntungkan Barisan Nasional seperti konset LGBT elton john pada 29.11.2012 ini maka ianya di benarkan, tetapi bagi sesi taklimat melibatkan skandal kerajaan yang memerintah ianya akan di HARAMkan.

berikut adalah antara taklimat kepada umum esok oleh dua orang peguam perancis mengenai skandal rasuah scorpene ini yang di dakwa melibatkan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak kita mengharapkan sebagai rakyat malaysia, kesemua yang akan di dedahkan esok hanyalah berupa andaian saja dan tiada bukti kukuh kerana umum tahu Najib di 'Sayangi' oleh anak muda.

tim era pasca tidak mahu perdana menteri malaysia terpalit dengan pelbagai skandal yang teruk dan rasuah, tim era pasca berharap Najib Razak adalah mr islam wasatiyah clean dari
rasuah

ANTARA KEMUNGKINAN TAKLIMAT ESOK
a. siapa lelaki ke tiga
b. apa peranan altantuya
c. siapa dia aminah binti abdullah
d. siapa dapat passport malaysia
e. siapa padam rekod kemasukan altantuya ke malaysia
f. apa kaitan perancis, malta dan malaysia mengenai harga scorpene ini

BAGAIMANA DUIT DIBAYAR
a. syarikat siapa.
b. alamat di mana.
c. siapa tuan yang ambil duit komisen kapal selam scorpene itu
d. siapa juru runding bagi pembelian kapal scorpene yang 4 kali ganda dari harga asal.

PERANAN
a. di mana mereka berjumpa?
b. kenapa altantuya di bunuh?
c. siapa ayah anak altantuya?

SEMUA INI DALAM TANGAN PEGUAM PERANCIS
a. termasuk gambar yang di dakwa gambar najib dan altantuya
b. termasuk bil makan dalam restoran di paris
c. termasuk bil hotel yang di sewa
d. termasuk tiket keretapi.

Di Upah Untuk Membunuh!

Kena Bunuh!

Semuanya Kerana Rasuah Scorpene ini!
by @tiewnama - siapa bunuh tidak penting, siapa yang arah bunuh itu yang wajib
bertanggungjawab! kerana umum tahu, Polis bertindak mengikut arahan!
rakyat malaysia tidak sebodoh penguin jantan di antartika. kahkahkahkah

Najib Takut Dan Bacul : Halang masuk M’sia, peguam Perancis beri taklimat Scorpene di Singapura esok
Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Parlimen Malaysia ditukar di Singapura esok, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ekoran itu, sesi taklimat tersebut akan diadakan di Hotel Changi Village selama dua jam bermula 12 tengahari oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon.

“Hari ini pejabat Ketua Pembangkang terima surat rasmi dari Speaker yang beri jawapan negatif (berhubung permohonan taklimat).

“Antara sebab yang diberi Speaker adalah bantahan dari Ahli Parlimen BN dengan alasan menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

“Surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi meminta jaminan peguam boleh masuk ke Malaysia juga sampai hari ini tidak dijawab,” kesalnya.

Justeru, beliau menjemput semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk dari BN serta pihak media untuk hadir sama.

“Bagi yang tak dapat hadir, boleh tanya soalan melalui laman twitter dan facebook. Kami juga akan usahakan supaya taklimat boleh disiarkan secara langsung melalui internet,” kata Ahli Parlimen Batu itu.

Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.

Mengikut jadual, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Khamis lalu, Sivarasa memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok. Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Anwar pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.

Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

Speaker tidak benarkan Anwar bawa peguam Perancis ke Parlimen esok
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan seorang peguam Perancis, yang dijemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen esok.

Perkara itu dinyatakan oleh Pandikar Amin dalam sepucuk surat rasmi kepada Anwar hari ini.

Salinan surat itu diedarkan kepada wartawan oleh Anggota Parlimen pembangkang Tian Chua.

Dalam surat itu, Pandikar menjelaskan kehadiran peguam Perancis berkenaan untuk membincangkan isu pembelian Scorpene mendapat bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

"Bantahan itu dikemukakan demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara dan juga agar tidak dilibatkan dalam perkara seumpama ini demi keharmonian dan kesejahteraan negara," katanya dalam surat itu.

Pandikar Amin menjelaskan keputusan muktamad berkenaan adalah sejajar dengan arahan dan keputusan beliau dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 Nov 2012 mengenai isu keselamatan Parlimen Malaysia dan penggunaan ruang sidang media dengan mengambilkira keistimewaan dan hak-hak Ahli Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 93 dan 94.

"Ini adalah demi memastikan tahap integriti, keluhuran dan kedaulatan institusi Parlimen Malaysia tetap terpelihara sepanjang masa," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pendirian BNBBC iaitu jika agenda peribadi berkenaan hendak diperjelaskan bolehlah menggunakan ruang lain seperti ibu pejabat parti, pejabat Suaram atau lain-lain premis awam yang bersesuaian tanpa melibatkan institusi Parlimen Malaysia.

"Seharusnya sebelum tetamu undangan Datuk Seri (Anwar) dibenarkan masuk dalam kawasan Parlimen, suatu kebenaran perlulah diperoleh daripada saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat terlebih dulu.

"Namun demikian, sehingga kini saya tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Datuk Seri (Anwar) melainkan surat yang memaklumkan kepada saya hasrat Yang Berhormat untuk membawa tetamu undangan yang dimaksudkan iaitu seorang peguam Perancis masuk ke Parlimen Malaysia," kata Pandikar Amin. - Bernama

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular