Wednesday, November 28, 2012

AES Mampu Kurangkan Kemalangan Maut : Kepala Mangsa Terputus Dan Otaknya Melekat Pada Pintu

5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
Kemalangan ngeri di km 372.1 Slim River... takziah kpd mangsa... di km376 Slim River ada kamera AES.... rasanya kena ubah kamera tu letak kat km372 pulak.... ini bukti kamera AES bukan penyelesaian utama kemalangan... apa punca kemalangan ni?? bawa laju ka? Mengantuk ka? Lori parking tepi jalan ka??? - Zul Hazmi

Kepala Seorang Mangsa Terputus Dan Otaknya Melekat Pada Pintu
SLIM RIVER: “Saya terduduk seketika selepas melihat kepala seorang daripada mangsa terputus dan otaknya melekat pada pintu kenderaan,” kata Ku Mohd Hayazi Ku Mohd Isa, 32, saksi kemalangan yang meragut lima nyawa di Kilometer 372.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Slim River arah selatan, di sini, semalam.

Kemalangan pada jam 7 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dinaiki 11 ahli pancaragam kebudayaan Cina yang terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah lori bermuatan beras yang berhenti di lorong kecemasan.

Semua yang terbunuh penumpang MPV manakala enam lagi termasuk pemandu kenderaan itu cedera dan Ku Mohd Hayazi adalah kelindan lori terbabit yang berhenti di tepi lebuh raya kerana mengalami kerosakan tayar belakang.

Mangsa yang terbunuh ialah Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak; Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; Juvien Chin Yu Xuan, 12, dan Poh Hock Huat, 60, kedua-duanya dari Nibong Tebal, Pulau Pinang serta Ong Choon Jee, 33, dari Perai, Pulau Pinang, Metro melaporkan.

Mangsa yang cedera ialah Chong Soon Choy, 61, (pemandu MPV) dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Ho Seok Yi, 18, dari Bagan Serai; Goey Wen Ni, 16, dari Nibong Tebal; Boo Goik Hong, 58; Lim Tau Hong, 5, dari Butterworth, Pulau Pinang dan Heng Ah Lek , 60, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak. - KL Post

5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
SLIM RIVER - Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara lima maut dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori 12 tan di Kilometer 372.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, 7 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah sebahagian daripada 11 penumpang terdiri daripada pemuzik dan penari dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Strex yang dalam perjalanan ke Muar, Johor untuk membuat persembahan di sana.

Mangsa yang maut akibat kecederaan parah di dada dan kepada adalah Poh Hock Huat, 61, dari Transkrian, Nibong Tebal, Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Serdang, Kedah dan Daphne Eng Yuik Yee, 14, Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak, Juvien Chim Yu Xuan, 12 serta Hong Choon Pee, 33, dari Prai, Pulau Pinang.

Nahas sama turut menyebabkan enam penumpang lain mengalami kecederaan.
5 maut, 6 cedera nahas lebuh raya dekat Slim River
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila kenderaan MPV terbabit merempuh belakang lori jenis Hino membawa muatan beras yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit, kira-kira 100 meter sebelum susur keluar Tol Slim River.

Katanya, lori dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Sungai Buloh, Selangor.

“Rempuhan itu menyebabkan lima penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.

“Manakala, pemandu dan kelindan lori 12 tan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kemalangan tersebut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim di sini.

Katanya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Chong Soon Choy, 61; Heng Ah Lee, 60; Boo Goik Hong, 58; Ho Seok Yi, 18; Goey Wen Ni, 16 dan Lin Yau Hong, 3,

“Pihak kami sedang meneruskan siasatan terhadap kejadian kemalangan yang berlaku di KM 372.1 dan siasatan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan itu diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Azrul Tawin di talian 054528222,” katanya. SH

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular