TAHUKAH YB-YB semasa anda sedang enak menikmati kopi ketika ini, rakyat marhain di Jalan Tuaran Lama terpaksa minum air banjir setiap kali hujan turun dengan lebatnya?
Saya meluahkan keluhan ini bagi pihak pengguna jalan raya yang sering berulang alik untuk bekerja dan pulang ke rumah menggunakan Jalan Tuaran Lama a.k.a 'Terusan Air' yang sering menenggelamkan kenderaan rakyat.
Tahukah YB-YB sekalian, bahawa kami sering terperangkap di dalam banjir akibat sistem pengurusan banjir yang lemah dan tiada usaha untuk mengatasi masalah ini secara serius!
Pernahkah YB-YB merasakan kesusahan kami yang terpaksa menanggung musibah apabila terperangkap di dalam banjir selama berjam-jam di kawasan Flat Rugarding, mahupun di kawasan KKIP (Politeknik/Lembaga Koko)?
Bayangkanlah duduk berjam-jam di dalam kereta kecil, dalam mini bas, yang ditemani anak kecil yang kelaparan dan kehausan; yang demam, yang clusterphobia, yang sakit perut tiada tempat untuk membuang air besar.
Kami sedar kawasan Rugarding adalah kawasan rendah takungan air akibat kerakusan pembangunan. Walaupun ada sedikit usaha mengatasi masalah ini, tapi usaha itu hanya hangat-hangat tahi ayam dan separuh jalan. Mendalamkan parit dan manhole bukanlah penyelesaian mutlak!
Air yang terkumpul perlu disalur ke mana-mana 'open water bodies' (etc. sungai atau laut) barulah masalah ini boleh selesai. Memanglah penyelesaian ini perlu guna banyak duit/peruntukan.
Tapi, Janganlah asyik mengatakan tiada peruntukan sedangkan kami sedia maklum dan bukan rahsia lagi bahawa setiap kali menteri kabinet dari persekutuan datang, berjuta ringgit dikeluarkan untuk menyambut dan meraikan mereka dan delegasi mereka di hotel-hotel mewah.
Lengkap dengan hi-tea atau dinner berpuluh-puluh meja dan suite mewah serta 'goodies' untuk rapat awam. Kami tahu setiap kali mereka datang dan dirai dengan layanan mewah; apa lagi bila tiba masa pilihanraya kini semakin dekat.
Jangan lupa kami melantik dan menghantar YB ke Parlimen atau Dewan Rakyat dengan baju blazer dan necktie serta tiket kapalterbang sponsor dari cukai rakyat bagi 'MENGANGKAT' dan 'MEMBELA' kesusahan kami 'BUKANNYA' untuk para YB mengangkat nama menteri/boss mereka dan membela kelangsungan menteri-menteri di Federal mahupun di kabinet Sabah.
Tolonglah, sia-sia sahaja undi yang dipangkah, yang sengsara adalah rakyat, yang bahagia adalah orang atasan. Ingat-ingatlah kami di sini.
Salam Hormat,
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment