Sunday, November 25, 2012

Pendatang Asing Tak Gugat Keselamatan : MUKA POLIS DIBELASAH!!


PATI TUMBUK MUKA POLIS DIBERKAS 
TAWAU: Seorang lelaki warga asing diberkas oleh pihak polis akibat tindakannya menumbuk muka seorang anggota polis yang menasihatkannya agar beredar dari medan selera Sabindo, Jalan Chen Fook di sini, kira-kira jam 3 pagi Ahad lepas.
BERKAS....Kelihatan lelaki yang diberkas kerana mencederakan anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superitendan Keong Ho Eng, yang dihubungi di sini kelmarin mengesahkan kejadian terbabit dan mendedahkan bahawa lelaki itu yang berumur 31 tahun kini ditahan reman sehingga 24 November ini.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam semasa menjalankan tugas,” katanya sambil memberitahu anggota polis terlibat telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Dalam pada itu, difahamkan sebelum insiden itu berlaku salah seorang pekerja di sebuah gerai makanan menghubungi pihak polis mengenai kehadiran lelaki terbabit yang berkelakuan mencurigakan.

Menurut salah seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, lelaki terbabit sering keluar-masuk di bahagian dapur di sebuah gerai untuk meminta pisau, namun pekerja di gerai terbabit enggan mengikuti kemahuan lelaki berkenaan.

Orang awam yang berada di medan selera berkenaan yang terletak di pusat bandar dikatakan berasa bimbang dengan keselamatan diri mereka selepas melihat tindak-tanduk lelaki itu yang terus mundar-mandir di kawasan kejadian.

Susulan daripada itu, lima penguatkuasa Rondaan Cegah Jenayah yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela tiba di lokasi kejadian untuk memantau keadaan di lokasi terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu menjadi berang apabila diminta beredar meninggalkan lokasi berkenaan dan melepaskan satu tumbukan ke muka salah seorang anggota polis hingga mencederakan anggota penguatkuasa terbabit.

Saksi turut memberitahu bahawa berlaku pergelutan di antara lelaki terbabit dengan pihak penguatkuasa apabila lelaki berkenaan terus enggan memberikan kerjasama semasa hendak diperiksa.

Lelaki itu juga dikatakan sempat mengeluarkan kata-kata yang mencabar pihak polis agar melepaskan tembakan ke atas dirinya sebelum berjaya diberkas dan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan susulan. (UB) - SUMBER

KPN JAMIN KESELAMATAN DI SABAH TERKAWAL
KOTA KINABALU : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah terkawal dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa meningkatkan pemantauan.

Katanya pada masa yang sama beliau turut mengarahkan Polis Sabah mempertingkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan dari negara jiran bagi mencegah jenayah termasuk penculikan.

“Kita mesti perkukuhkan hubungan kita dan beri ingatan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu bahawa kita sentiasa berjaga-jaga demi keselamatan rakyat,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.

Ismail yang sebelum itu merasmikan Persidangan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan PDRM ke-24, diminta mengulas mengenai kes penculikan membabitkan dua rakyat tempatan di pantai timur Sabah pada Rabu lepas.

Beliau turut memberi jaminan PDRM akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes itu bagi memastikan kedua-dua rakyat Malaysia tersebut dapat diselamat dan dibawa pulang ke tanah air.

“Polis memandang serius kes ini dan (meminta) orang awam termasuk saksi tampil menyampaikan informasi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang turut hadir, berkata polis Sabah akan meningkatkan kerjasama dengan rakan sejawatan mereka dari negara jiran yang dipercayai menjadi lokasi penculik.

“Kita sedang berusaha dan ambil tindakan perlu. Kita sudah mengenal pasti lokasi (penculik), tetapi dia tidak berada dalam kawasan negara dan kita bekerjasama dengan counterpart (rakan sejawatan),” katanya.

Dalam kejadian antara 3.30 dan 4.30 petang itu, lima lelaki bersenjata api menculik seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dari ladang yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai, bersebelahan tanah rancangan Felda Sahabat 15, kira-kira 50 km dari pekan Lahad Datu. (Bernama)

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular