ESKLUSIF: TIADA JIHAD DIBUMI PALESTIN - ULAMA MUDA UMNO
Astagafirullahalazim.... .Dia x belajar ke apa itu JIHAD? Apa syarat2nya dan dia x tau ke siapa dalang disebalik serangan israel ke atas penduduk palestin?
Aku MENCADANGKAN Idris Sulaiman diambil tindakan kerana fatwa amat mengelirukan. Video link di youtube telah pun di'private'kan.. Apsal eh?? Kantoi suda.. Tapi boleh lagi dilayari di fesbuk (Link ada digambar).
Ustaz IDRIS SULAIMAN, Ahli Majlis Syura Ulama Muda Umno menyatakan:
Ustaz IDRIS SULAIMAN, Ahli Majlis Syura Ulama Muda Umno menyatakan:
1- Tiada istilah jihad bagi persengketaan di Palestin, kerana syarat dalam al-quran mengatakan, musuh tak boleh 2 kali ganda dari tentera islam. kalau lebih, takde jihad. kalau musuh 200,tentera islam kena lebih dari 100.
2- Peperangan kenalah dipimpin oleh seorang pemimpin Islam yang memegang bendera panji. kalau tak ada itu, peperangan itu tidak bersistem, dan tidak dikira jihad.
3- wajib seseorang ada persediaan rohani dahulu, iaitu mantap akidah dan tauhid sebelum boleh berperang.
4- Kewajipan jihad Allah turunkan selepas Nabi hijrah ke Madinah. masa di Mekah, Allah tak suruh jihad, sebab umat Islam masih sedikit dan tidak ada kekuatan. Nabi memantapkan asas islam terlebih dahulu.
5- Umat palestin harus keluar dari tanah palestin apabila dirampas dan dizalimi oleh kafir yahudi, sebagaimana Nabi berhijrah dari tanah lahirnya Mekah ke Madinah.
6- Laungan supaya kita berjihad di palestin adalah nasihat yg tidak sepatutnya dikatakan sebab mendajalkan orang palestin sendiri, sebab palestin bukan dalam keadaan jihad pun.
Ingin aku membidas kata-kata Ustaz tersebut yang dari golongan ILMU ini, dengan dalil-dalil sahih dan jelas.
1- pertama Tiada dalil menyatakan langsung tentang kewajipan musuh tidak boleh lebih dari 2 kali ganda, berdasarkan tiga dalil, pertama peperangan Badar yg menyaksikan 313 tentera muslimin menentang 900 lebih tentera kafir. dan peperangan Uhud menyaksikan tentera muslimin seramai 700 orang menentang 3000 tentera kafir.
kedua “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. Dengan begitu, kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu.” (Al-Anfal: 60), maka dalam ayat ini Allah menyuruh berperang dengan musuh Islam dengan apa sahaja kekuatan yang ada.
ketiga “Hai nabi, kobarkanlah semangat orang-orang mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antara kamu, mereka dapat mengalahkan seribu dari orang kafir, sebab orang-prang kafir itu tidak mengerti.” (Al-Anfal: 65), menunjukkan dalam ayat ini, Allah memerintahkan jihad walau tentera Islam hanya sedikit berbanding tentera musuh.
hanya ada dalil ini dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Ash-Shaf: 4). namun ayat ini tidak mensyaratkan barisan perang harus lebih dari separuh tentera musuh. cuma Allah menyarankan barisan perang bersistematik dan berstrategi. surah al-anfal ayat 65 tadi telah menentang hujjah ustaz tadi pasal tentera musuh tak boleh 2 kali ganda.
2- Tidak wajib ketua tentera yang memegang panji bendera Islam. Adakah ustaz tidak baca sirah, bahawa panglima tentera perang Uhud ialah Khalid al-Walid, namun yg memegang panji ialah Mus'ab bin Umair? Sampai Mus'ab gugur pun, panji dipegang oleh orang lain, bukan Khalid atau Nabi.
3- Lihat hadis ini berkaitan seorang yang tidak pernah solat walau satu waktu pun. dan imannya sangat tipis kerana baru memeluk Islam ketika seruan jihad perang uhud dilaungkan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa seorang yang bernama Amru bin Uqasy. Dia mempunyai hutang riba pada waktu jahiliyah menyebabkan beliau tidak suka memeluk Islam sehingga dia memlangsaikannya. Dia datang dalam peperangan Uhud. Dia bertanya: Di mana suku pak cik ku?
Mereka menjawab:Di Uhud.
Dia bertanya: Di mana si fulan?
Mereka menjawab: Di Uhud
Dia bertanya: Di mana si fulan?
Mereka menjawab: Di Uhud
Amru memakai baju perangnya dan pergi ke Uhud. Apabila orang Islam melihat mereka berkata: Jangan datang ke sini.
Dia menjawab: "AKu telah beriman."
Dia berperang sehingga tercedera. Apabila cedera dibawa kepada keluarganya. Sa’d bin Muaz datang kepada mereka dan berkata kepada saudara kandung perempuannya. "Tanya kepadanya dia berperang kerana semangat perkauman, atau marah kerana kaumnya atau marah (kepada musuh)kerana Allah (s.w.t)."
Dia menjawab: "AKu berperang kerana marah( kepada musuh) kerana Allah." Kemudian dia meninggal dunia dan tidak solat kepada Allah walaupun satu waktu.
[Hadith riwayat Abu Daud dalam kitab Jihad bab mereka yang masuk Islam dan terkorban di jalan Allah Azzawajalla, no.2537, Ahmad dalam musnad, j.5,h.428-429, al-Bayhaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, j.3,h.247-248, Ibnu Hisyam, j.2,h.90 dan sanadnya Hasan.Juga diriwayat oleh Ahmad dan Ibnu Hisyam dengan sanad yang lain dari Abu Hurairah. Al-Hafiz menyebut dalam al-Isabah, j.2,h.519, isnadnya hasan.]
4- Ya, benar.. namun lihat sekarang, adakah umat Islam di Palestin dan negara berjiran dengannya adalah sedikit? Jumlah umat Islam dan Yahudi di timur tengah mematahkan hujjah anda.
5- Rasulullah saw berhijrah atas sebab 1) ajakan orang Madinah. 2) untuk menyelamatkan diri. 3) tidak boleh mengusir keluar musyrik Quraisy sebab itu tanah mereka juga. Di palestin kini, tiada negara-negara yang mengajak mereka tinggal di negara mereka, dan tanah palestin bukan hak milik yahudi. itu adalah tanah tumpah darah kaum kana'an.
6- Ingin saya mengingatkan tentang hadis ini yang mungkin didhaifkan Al-Albani, hadis riwayat Abu Darda : "Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah ?"
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani. Al-Haithami menyatakan perawi-perwainya semuanya thiqah dan ianya disokong oleh hadith-hadith yang lain.
dalam hadis lain, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili bahawa nabi saw bersabda: "Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan, dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala",Para sahabat bertanya: "Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah S.A.W ?", Baginda S.A.W menjawab: "Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis".
Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad, dan al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar: "Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal) dan juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang-orang yang thiqah (dipercayai)." - Orenji Reloaded
VIDEO CERAMAH USTAZ UMNO YANG MENYURUH RAKYAT PALESTIN KELUAR DARI BUMI PALESTIN!!!
Sedih rasa hati bila mendengar ceramah Ustaz Idris Sulaiman ini.. beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulama Muda UMNO.. hati sedih dan kesian melihat kebodohan insan yang digelar Ustaz dan Ulama' UMNO ini..
Dalam ceramah,beliau menegaskan antaranya..
Tiada jihad di Palestin,kerana menurut beliau kalau nak berjihad kekuatan musuh tak boleh lebih dari dua kali ganda,kalau lebih dari dua kali ganda,tak ada jihad..
Memperlekehkan usaha ummat Islam yang mahu memboikot barangan-barangan barat yang menyumbang kewangan kepada yahudi..
Mengatakan bahawa rakyat palestin sepatutnya keluar dari bumi Palestin..
Lantas kita tentu tertanya-tanya bagaimanakah perasaan kanak-kanak yang kehilangan ibu dan bapa..
bagaimanakah perasaan ibu yang kehilangan sorang suami..
bagaimanakah perasaan ibu yang terpaksa melihat 3 orang anak kecilnya maut ditembak pengganas yahudi..
Bagaimanakah perasaan mereka sekiranya mereka mendengar kata-kata dari Ustaz muda UMNO ini yang mengatakan tiada jihad di bumi Palestin...
Sedangkan di dalam sejarah Islam sendiri melalui kisah perang Badar,313 tentera muslimin menentang hampir 1,000 tentera kafir..
itu sudah lebih dari dua kali ganda...
Bahkan di dalam Al Quran sendiri,di dalam Surah Al Anfal (ayat 65) mengatakan..
"Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti."
Korang lihatlah sendiri video ceramah Ustaz UMNO ni...
ntah apa-apa ntah... Liang Lahad
Antara Komen Dr Maza berkaitan Ulamak Muda Umno
jadi pa erti semua ni?
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment